Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Friday, April 22, 2011

SuKan SaNa SiNi..

Tamat sudah Karnival  Sukan Pendidikan Khas peringkat wilayah...
Selama 3 hari ini..aku bersama2 anak2 didik ku menempuhi pertandingan dengan penuh sabar...
Walaupun mereka tidak dikurniakan penglihatan sama seperti murid2 yg normal...
Tetapi disini..mereka telah berjaya membuktikan kelebihan mereka..
Banyak pingat telah dirangkul...
Sebenarnya sebanyak 64 buah sekolah pendidikan khas diseluruh wilayah persekutuan telah menyertai Karnival Sukan ini..
Gembira cikgu melihat kejayaanmu wahai anak didik ku..
Selain daripada mereka menyertai pertandingan2 yang dianjurkan..
Aku juga turut tidak terkecuali di dalam acara yg dipertandingkan..
Aku telah diberi amanah dan mandat yg besar untuk membawa anak2 yg buta ini menyertai setiap acara yg dipertandingkan..
Aku telah dilantik untuk menjadi runner guide mereka di dalam acara balapan..
Secara tak langsung aku juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan mereka berjaya..
Dalam acara larian 100m perempuan..kami telah memperolehi tempat yg ke-3..
Syukur alhamdulillah..mungkin kerana faktor kami terpaksa berlawan dengan pelajar sekolah menengah cacat penglihatan setapak..maka kami ditakdirkan ditempat yg ketiga..
Mungkin selepas ini murid2 ku boleh mencuba lagi..
Tidak sedikit pun semangat mereka hilang...
Jika difikirkan secara logik pon..mana mampu murid 9thn berlawan dengan murid 14thn...
tak mengapalah wahai anak2 kecil...
Ini hanyalah sebahagian daripada pengalaman yg dapat mendewasakan kamu kelak..
Mereka tidak berhenti2 mengucapkan terima kasih kerana aku sudi menjadi peneman dikala mereka ingin menyertai pertandingan larian...
AKu juga turut bersemangat sama seperti mereka..
Walaupun buta tapi mereka juga mampu berlari sama seperti murid normal..
Pengalaman ini akan sentiasa terpahat disanubariku...










C.I.N.T.A dlm kehidupan ~~

Cinta itu sama seperti orang yang sedang menunggu bas.

Sebuah bas datang, dan anda katakan,

"Wah..terlalu penuh, tak naklah, rimas bersesak.Tunggu bas yang seterusnya jelah."

Kemudian, bas berikutnya datang. Anda melihatnya dan berkata,

"Alamak! Bas ni tak elok pula,tempat duduknya kurang selesa"

Bas selanjutnya datang, cool dan anda berminat, tapi seakan-akan dia tidak melihatmu dan lalu begitu saja.

Bas keempat berhenti di depan anda.

Bas itu kosong, cukup bagus, tapi anda katakan,

"Takde aircond lah bas ni, mana leh tahan dengan kepanasan hari ni kalau duduk lama-lama".

Jadi anda membiarkan bas keempat itu pergi. 

Waktu terus berlalu, dan anda mulai sedar sudah lewat untuk hadir ke pejabat,

Ketika bas kelima datang, anda sudah tak sabar, anda terus melompat masuk ke dalamnya.

Setelah beberapa lama, anda akhirnya sedar yang anda sudah salah menaiki bas. Bas yang anda naiki sekarang ini menuju ke destinasi lain.

~~Dan anda baru menyedari bahawa anda telah mensia-siakan masa anda sekian lama.~~




 

Sunday, April 17, 2011

LeMBaRaN CiNTa PuDaR..




Surat ini ku tulis dikejauhan malam...
Ketika hujan gerimis..
Biarpun bercinta denganmu sungguh indah..
Namun memutuskan nya aku terluka...
Tapi biarlah aku kecewa hari ini..
Dari nanti hilang harga diri...
Aku telah tiba dipenghujung kesabaran..
Sebelum lebih menderita..
Biarlah aku yg memutuskan..


Nokhtah dibaris akhir..
Ku redha keputusan suratan takdir..
Telah lama ku menunggu..
Masa yg berharga sesia berlalu..
Kau memberi harapan yg palsu..
Kerana tiada pendirian yg nyata..
Ku tutupi lembaran cinta pudar..
Tiada ketelusan..
Tiada keberanian..
Lama menanti jawapan pasti..
Terkulai mimpi....mimpi...

Kerana tiada pendirian yg nyata..
Ku tutupi lembaran cinta pudar..
Tiada ketelusan..
Tiada keberanian..
Lama menanti jawapan pasti..
Yang terkulai kini..mimpi..mimpi..


Dengan lembaran ini...
Akan tiada lagi..
Seorang yang ku nanti..
Yang asyik menghitung hari dalam mimpi...
Oh..mimpi...
Seusai surat ini kau tatapi..
Aku harap kau mengerti..
Setelah ini..antara kita tiada pertemuan lagi..( "_" )

Ku SeLuSuRi PeRjALaNaN HiDuP iNi...

Setelah ku selusuri perjalanan hidup ini...
Buat kesekian kali nya aku berasa kecewa dengan insan yg bergelar "LeLaKi"
Hidupku sentiasa diburu oleh insan berkenaan..
Tetapi tidak seorang pun yg dapat memberi sinar pada hidupku..
Sebaliknya hanya menjadi duri di dalam daging..
Sehingga saat ini aku tidak mengerti...
Apakah yg mereka inginkan selain daripada merebut HaTI milik wanita...
Tidak cukup satu..ditambah lagi satu..
Apa yg dicari pun aku xmengerti...
Sebenarnya mereka2 seperti ini adalah mereka yg tamak...
Yang tidak bersyukur dengan apa yg mereka ada..
Puas aku berjalan dan terus berjalan..
Dengan harapan aku akan menemui satu sinar yg dapat mengembalikan semula kepercayaan ku kepada insan2 ini..
Namun sehingga kini masih belum ku temui..
Yang ku temui hanyalah duri2 di sepanjang perjalananku..
Dengan harapan agar aku dapat bertahan dengan duri2 yg selalu mengganggu perjalanan hidupku ini..
Ya ALLAH berilah ketabahan hati kepada Hamba mu ini..
Kuatkan jiwaku agar berada lurus dijalan yg engkau redhai...
Namun,aku tidak akan berputus asa,,
Akan ku teruskan perjalanan ku ini hingga ku temui satu  sinar yg abadi,,,
Yang dapat menerangi semula hidupku..
Sesungguhnya aku redha dengan ujian ini... ( >_< )

SeMoGa MaMpU ku LaWaN KeSePiaNKu...




Apapun yang terjadi...
Berjalanlah tanpa henti...
Airmata tertahan...
Waktu untuk dijatuhkan...
Nanti kita kan tahu...
Betapa bijaknya hidup...
Sepahit apa pun mimpi...
Pelajaran yang bererti...
Semoga kepergianmu..
tak akan merubah apapun..
Semoga mampu ku lawan kesepianku...
Kesepianku..
Nanti kita kan tahu...
Betapa bijaknya hidup...
Sepahit apa pun ini..
Pelajaran yang bererti...


Apapun yang terjadi...berjalanlah tanpa henti... ( >_< )

Hati Berbisik....




Malam bertandang..hati berbisik mengenang...
Cerita derita yang daku pendam...
kata cuba ku sudahi ...
Berulang airmata membasahi...
Aku kini perlu berdiri walau hakikatnya pasti...
Kan melukai...
Aku ingin semua rasai kerana pengakhiran hidup ....
Ku sendiri...

Oh Tuhan kau berikan aku segala kekuatan...
Meneruskan perjalanan...

Aku kini perlu berdiri...
Walau hakikatnya pasti kan melukai...
Aku ingin semua rasai...
Kerana pengakhiran hidup...ku sendiri...( " _ " )

Friday, April 15, 2011

AnDai LeLaki MeNgErTi..Apa YaNg TeRsiMPaN Di DaLaM HaTi SeOrang WaNiTa..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin  banyak pula  pertelingkahan yang berlaku.   

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. 
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.  

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.  

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. 
Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   

Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah telah  menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.  
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.   
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh  menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.   
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda ♥♥♥  

Sunday, April 10, 2011

ReNcAH KeHiDuPaN...

Hidup ini sangat sukar untuk kita DUGA..
Kadangkala kita rasa kita sangat DEKAT dengan seseorang...tapi sebenarnya kita JAUH...
Walaupun kita mampu untuk menggenggam tangannya,
tapi belum tentu HATI dia dapat kita selami...
Mungkin kita boleh buat dia KETAWA ..tapi belum tentu kita tahu apa makna senyumannya...
Bila dia  MENANGIS..kita  sangka kita  telah dapat memujuknya..
Walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi...
Itulah rencah dunia..Kita tak kan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN sehingga sampai saat kita jatuh tersungkur..Adakah tangan akan  DIHULURKAN..atau kita yang akan  di TINGGALKAN..think it.. ( > _ < )