Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Monday, October 24, 2011

Hati..

‎‎'' Saya selalu tersalah memberi hati, Walaupun tahu 'sakitnya tak terperi'..... Selalu  mengharap  pd yg tak sudi, Walaupun selalu memberi itu & ini.. Selalu rasa diri tak dihargai,Walaupun  berkorban separuh mati.... Beberapa hari ni, Sy taknak 'Hati ini di sakiti' lagi, Sy  redhakan  semua yg terjadi.. Sy terima apa saja kehendak ilahi, Sy ikhlaskan diri utk semua  ini sebab.. Sy  tak  nak terluka lagi....'' (~_~)


Kita ini banyaknya suratan kehidupan, kita tidak lebih dari seumpama bingkisan layang2  yang kadang kala terlepas dari mata memandang.. Dalam kehidupan ini, kita sering salah di dalam menilai.. Kita sering sangkakan itulah sebenar2nya hanya mengikut apa yang kita sendiri tafsirkan.. Mengikut kemahuan apa yang kita ingin..

Kadang2, kita merasakan amat dekat, tapi sebenarnya amat ketara apa yang dirasanya..
Amat jauh dengan apa yang kita fikirkan..
"Sesungguhnya aku sendiri masih mencari ertinya.. Kerana aku sendiri masih belum dapat selami.. Bukan niatku angkuh untuk bicara.. Namun aku jua sedang mencari erti hidup..
(^_^)

Thursday, October 20, 2011

Saat Wanita Menangis Kerana Lelaki...

BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..
yess..this is true..guys..believe it...hati wanita sangat rapuh...(~_~)

Friday, October 14, 2011

Jangan Bersedih (~_~)

~✿✿✿ JANGAN BERSEDIH DUHAI TEMAN ✿✿✿~

...Jangan sedih bila orang lain tidak memahami kita..
Tapi sedihlah kerana kita yang tidak mahu memahami orang lain.

... ... ...Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai kita..
Tapi sedihlah kerana kita tidak percaya pada diri sendiri.

...Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kita..
Tapi sedihlah kerana kita belum bersedia untuk buat persiapan.

...Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai kita..
Tapi sedihlah kerana kita sendiri tidak mahu menghargai orang lain.

...Jangan sedih bila orang lain menghina kita..
Tapi sedihlah kerana kita sendiri yg membuat hina diri.

...Jangan sedih bila orang lain memaki kita..
Tapi sedihlah kerana bermulut jahat sehingga ada yang tidak berpuas hati.

...Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana kita tak pernah mau perbaiki diri.

...Jangan sedih kerana selalu jatuh kecundang..
Tapi sedihlah kerana kita tak mau bangkit kembali.

...Jangan sedih kerana perjalanan hidup penuh pahit getir..
Tapi sedihlah kerana tidak pernah belajar dari pengalaman.

p/s : Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar..jadi senyum sajaaa dalam apa jua keadaan....♥♥...tawakkal n ikhtiar! .....^_______^
Mari mentaati perintah ALLAH dan Rasul NYA, jaga IMAN, jaga SOLAT, n jaga AKHLAK....insyaALLAH segalanya akan SEMPURNA...♥

Wednesday, October 12, 2011

Adam DaN Hawa

"Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi.."

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri.
Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari
Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang
mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu
usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang
beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan
kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga "

<3 Jika namamu yang tertulis di Loh Mahfuz untuk diriku..
Nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan  dalam diri kita..
Tugasku bukan mencari dirimu..tetapi mensolehahkan diriku..
Wahai seseorang yang telah tertulis di Luh Mahfuz ku,imamku & ayah dari anak- anakku..
Engkau yang akan bersama di dalam perjalananku nanti..
Aku percaya,kau sedang memperbaiki dirimu,mempersiapkankan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.. ("_")

Susur Kehidupan

Melangkah itu mudah, 
namun mencari arah itu yg terkadang payah, 
mencari jalan itu mudah, 
namun memahami destinasi itu yg susah,
menyusuri susur itu mudah, 
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah..
dlm semua ini, mungkin istiqamah itu paling susah, payah & lelah namun..
DIA Maha Memahami, bg hamba2NYA, 
DIA tak meminta manusia menjadi yg terbaik, 
namun kita perlu berusaha melakukan yg terbaik, 
meletakkan sandaran & keyakinan penuh kepadaNYA...
lantas nescaya DIA akan menguruskan selebihnya, 
agar yg terbaik itu menjadi milik kita..
moga perjalanan kita sentiasa dlm lindungan & rahmat ALLAH swt..

Tuesday, October 4, 2011

CINTA

~Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi, tidak pernah berada di atas kepala sendiri, tetapi selalu berada di atas kepala orang lain.~
♥~♥ Setiap hati itu pasti akan jatuh cinta. Cinta pada setiap ciptaan-Mu membuatkan hidup ku indah dengan cinta. Tapi Allah, boleh kah aku meminta kepada-Mu, satu cinta dari kalangan ku yg mampu membawa aku bertemu dengan-Mu...? (u_U)

♥~♥ InsyaAllah...cinta itu pasti datang seperti mana dtgnya mati menjemput kita. Begitu jugalah cinta. Cuma masanya kita tak tahu. Jadi,yg perlu ialah sabar kerana mencari cinta itu perlu juga dgn cinta..(n_n)
“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati...
 
" sometime need to sacrifice our feel to make other people smile..but it is not easy as we can see by our eyes..memories will remain till the end but we have to move forward to make our "ImPortant" people happy and try to learn and give ourself happiness .."
 



                              Berkorban Demi Cinta

Bermula gemilang cahaya..
Petunjuk pimpinan yang esa..
Menempuh jalan hidup di dunia..
Cabaran yang silih berganti...
Dugaan mematangkan diri,mengajar erti hidup ini..

Berjuang berkorban demi cinta..
Suka dan duka suratan nya..
Mengenal makna jalan bahagia...
Masa yang silih berlalu semakin hampir saat itu..
Ya Tuhan tunjukkan moga selamat bersamamu..

Biarpun bersama kekurangan..
Namun bersyukur kurniaan Tuhan..
Di kurniakan petunjuk bantuan..
Tempuh hari yang mendatang..

Semoga sisa hidup ini tak kan terbuang lagi..
Setiap detik masa dalam amalan jua..
Jangan dipisahkan denganMu kebahagiaan...
Semoga dengan ini,jambatan menemui cinta yang sejati..
Itu yang abadi..

Biarpun bersama kekurangan..
Namun bersyukur kurniaan Tuhan..
Dikurniakan petunjuk bantuan..
Tempuh hari yang mendatang..

Semoga sisa hidup ini tak kan terbuang lagi..
Stiap detik masa dalam amalan jua..
Jangan dipisahkan denganMu kebahagian..
Semoga dengan ini jambatan menemui cinta yang sejati..itu yang abadi..

Berjuang mencari iman taqwa..
Perisai menempuh pancaroba..
Penentu tempat amat bahagia..
Seiring teman dan saudara..
Pimpinan tauladan baginda..
Ya Tuhan bantulah..moga selamat selamanya..("_")