Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Thursday, July 28, 2011

KeRaNa HaTi BiCaRa

Mengharungi samudera mahligai yang suci..
Penuh gelombang silih berganti..
Semua adalah ujian penguat cinta..
Bila hati bicara..
Kadang - kadang xperlu terucap kata2..
Untuk selami dalamnya  hatimu..
Susah senangmu ku jadikan  bahagian hidupku,..
Kerana hati bicara..
Tatap manja matamu..
Kisahkan berjuta cerita..
Hadirmu di dalam hidupku memberikan berjuta makna..
Kurniaan illahi mempersatukan dua hati..
Ku rasakan yang kau rasa..
Kerana hati bicara..

Saturday, July 23, 2011

Andai Aku Adalah Tulang RusuKmu Yang Hilang...

Andai aku tulang rusukmu yg hilang..
Aku berharap juka nanti ALLAH pertemukan kita..
Kau akan selalu membimbingku..
Agar aku menjadi wanita yang solehah..
Yang nantinya akan menjadi bidadari disyurga..
Kerana aku ingin kita disatukan didunia dan akhirat..


Andai kau ditakdirkan menjadi ayah buat anakku..
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita..
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan,buat kita didunia dan akhirat..
Iaitu anak yang soleh dan solehah..
Yang dapat menjungjung tinggi agama ALLAH..


Andai engkau ditakdirkan untuk bersamaku..
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku..
Kau dapat menjadi pemimpin yang baik dlm melayari bahtera rumahtangga kita..
Kau boleh mencintaiku apa adanya..
Dan boleh mengurus kekurangan ku dengan penuh kebijaksanaan..


Dan..andai aku salah..
Tegurlah aku...
Dengan kata- kata lembutmu dan  kebijaksanaan...
Andai aku marah..
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu..
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan..
Andai aku lupa..
Ingatkan lah aku dengan penuh kasih sayang..
Agar nanti kau tetap menjadi contoh tauladan bagiku dan anak2 kita..


Kerana..
Aku hanya menggarapkan imam yang baik dlm rumahtangga ku..
Yang selalu dapat membawaku ke jalan yang diredhai Nya..
Jalan yang menuju syurga Nya..
Bersama dirimu.. ( "_" )

Tuesday, July 19, 2011

HakiKat HiDuP..


Pernah mengasihi atau tidak,
 pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak, 
bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah hubungan. 
Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia akan  menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kenal dan  apalagi untuk kita kasihi lalu menerima nya  untuk menjadi pasangan hidup kita, tapi hatiku kuat dan  yakin bahawa  setiap apa yang berlaku telah diatur dengan cantik sekali oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…
Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Tidak terkecuali la diri kita sendiri,kan? Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan... 
Lihatlah kepada 4 perkara; agama, kecantikkan, keturunan dan harta.
 Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu...emmm rse nye,aku tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi kepada sesiapa yang bakal atau ingin menjadi  teman hidupku  kerana aku juga insan biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Padaku, sudah memadai jika dia dapat menerima diri ini seadanya.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]
Justeru, aku akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya untuk menjadi pendamping ku. InsyaAllah.
Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.
Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah.Cumanya harapan ku agar  tulang rusuk yang bakal kembali kepada pemiliknya ini akan dapat membantu melindungi hati pemiliknya itu daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk ini jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada pemiliknya untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa...Siapakah  pemiliknya tulang rusuk ini hanya ALLAH yang mengetahui jawapan nya..kita sebagai manusia hanya mampu merancang..tetapi ALLAH lah yang akan menentukan..just wait n see ye..:)

Erti SeNgSaRa SeBeLuM KeNaL ErTi BaHaGiA


Senyum... Bahagia.... Tenang....
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak memberi kesan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Yang Pastinya . Semua orang pasti pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali kan...
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jugalah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah....
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan sayap warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekaan atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik..
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak pernah  menjadi halangan  itulah yang tidak  melancarkankan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku..( "_" )

Friday, July 15, 2011

Hati..

salam semua..
rse mcm nak tulis mcm2 je kat sini..
Jari jemari mcm rajin je pulak nak mencoret sesuatu disini..
Sebenarnye banyak benda nk di tuliskan disini..
Tapi banyak pulak kekusutan yg mengganggu..
Kekusutan kepala,muka,tangan ,kaki dan yg sewaktu dengan nya..
Tetapi gagal untuk diluahkan...hhhhhmmmmmm..
Ape nak buat ni..mcmane nk hilangkan smua ni..


Berbaur-baur perasaan ni rse nye..
xtau mcmane nak luahkann...
tp aku pn xpasti dengan ape yg aku rse..
Nape rse geramm,sedih,kecewa dan sebagainya...
Saat2 mcmni rse nye aku memerlukan telinga dan bahu untuk diluahkan..
Rse mcm nak nangis2..dah lame xnangis2..
Teringat zaman dolu2...
Dulu2 nape aku rajin sgt nangis ek..owhh..aku rajin nangis sbb ade org rajin dengar aku nangis kann..
hmmmm...nak..nak...nak sangat...putar semula zaman2 itu..
rse tenang sangat lepas aku nangis puas2..
adooiiii..serabut je rse nye..


Sebenarnye ape yg aku cari dalam hidup ni???
Aku pun xtau..
Aku terus jalan...dan berjalan..smpai aku rse puas...
Tapi ape yg aku temui...sesuatu yg bersifat sementara..
Sekejap je rse nikmat 2..lepas 2 hilang..
ibarat mcm pelangi...mula2 tgkk..cantik sangat pelangi 2..indah rsenye dapat menghayati keindahan pelangi...
Tapi..semua nya hanya sementara..lepas 2 pelangi tu hilang mcm 2 je..
Macamane pn aku akan tetap melangkah..


emmm..nape ek..kadang2 rse mcm xtenteram je perasaan ni..
Kejap rse mcm xde perasaan..kejap rse cemburu..kejap rse mcm nak marah..
Ape sebanrnye perasaan aku ni..
NI name nye kecelaruan perasaan ni..
Kadang2 rse mcm gerammm sangat..
Rse nye aku ni kurang diberi perhatian kot..
Sbb 2 aku rse mcm 2..
Aku nak kan perhatian..susah sgt ke nak bg perhatian...
hmmm..xpahamm..xpahammm...


emmm...untuk org yg dh mengenali aku..
Mybe mereka akan describe kan aku sbg:
1- seorang yg suka dimanja...aku suka bila org manja kan aku..layan aku baik2....Buatkan ape yg aku xmampu buat


2-Suka diberi perhatiam..aku sangat suka org bg perhatian pd aku..lagi2 pd org yg aku syg..aku kadang2 sangat2 memerlukan perhatian dpd mereka2 ini....Family dh tentu lah jauh di kg..pada sapa lah yg boleh diharapkan lagi...pada kekasih hati la..sbb dia yg paling dekat kan..
hmmm..tp kadang2 susah jugak nak dpt perhatian dia..dia sibuk la katakan..xboleh nak bg perhatian pd aku sgt..but i need the attention...hmmm..ntahla..


3- Mempunyai hati yg sangat lembut...org nampak aku ni mcm keras je diluar..tp sbnarnye aku mempunyai sebentuk hati yg sangat rapuh...mudah je tersinggung klu org berkasar dengan aku..evenn org tinggikan suara sikit pn,hati aku dh tersentap..rse mcm nak nangis...dan lepas 2 aku akan menangis semahu nya smpai aku rse puas...
hmmm..kadang2 terfikir jugakk..aku layan org baik2 je..xpenah nak tinggikan suara pada org lain..tp kadang2 org suke bg aku sakit hati..sengaja je bg hati ni tersentap..kadang2 aku menangis dlm hati je..tuhan je yg tahu perasaan aku..


4- Mudah mengalirkan air mata- aku mudah mengalirkan air mata untuk seseuatu bndanyg aku rse aku xbuat..tp org tuduh2 aku..mmg aku xleh blah...sedih je kadang2 bila org tuduh bukan2 kan..andai kan itu ..andaikan mcm ni...bukan nye nak siasat dlu..tau tuduh2 je..ingat aku xde perasaan ke..aku pn ade perasaan jugakk kott..


5- paling pantang org yg menipu...aku paling pantang klu org menipu aku...rse mcm nak bg penumbuk je sedas dua..berani2 nak menipu aku..klu menipu siap la..smpai lubang cacing aku cari..


rse nye sampai takat 2 je yg aku boleh coretkan..mata dh rse berat..banyak lagi bebanan yg perlu aku pikul..smpai disini sahaja dapat kite bersua..jumpa lagi ya..daaa... ( "_" )






Jika keheningan..
aku bagai hilai   dingin nya malam yg panjang..
Tika kegelapan ..sayup unggas berterbangan
menongkah hati yg rawan..


Bagai kan dingin nya malam yg suram..
Begitulah diriku diibaratkan..
Dalam kesamaran..
Ku rempuhi ranjau..biarpun khayal ku teruskan.
Siapa memandang...tidak kan ku hirau..
biar pun pedih ku tahankan..


Menjelma lah  bintang..
beri daku sinaran..
semoga hati kan jaga




Akan ku teruskan..
walau harus ditinggal
Seribu kisah di telan..
Terbanglah unggas bebas diawan..
Agar kan  tercapai sinar  gemerlapan..


Tuhan ku inginkan...
Secebis harapan..
Hanya padamu ku serahkan..
Apa kah kan ada..ketulusan jiwa..
Yang menilaiku seadanya...
lalalalalalala........... sambung... ( '-' )