Pernah mengasihi atau tidak,
pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak,
bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah hubungan.
Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia akan menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kenal dan apalagi untuk kita kasihi lalu menerima nya untuk menjadi pasangan hidup kita, tapi hatiku kuat dan yakin bahawa setiap apa yang berlaku telah diatur dengan cantik sekali oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…
Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Tidak terkecuali la diri kita sendiri,kan? Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan...
Lihatlah kepada 4 perkara; agama, kecantikkan, keturunan dan harta.
Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu...emmm rse nye,aku tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi kepada sesiapa yang bakal atau ingin menjadi teman hidupku kerana aku juga insan biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Padaku, sudah memadai jika dia dapat menerima diri ini seadanya.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]
Justeru, aku akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya untuk menjadi pendamping ku. InsyaAllah.
Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.
Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah.Cumanya harapan ku agar tulang rusuk yang bakal kembali kepada pemiliknya ini akan dapat membantu melindungi hati pemiliknya itu daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk ini jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada pemiliknya untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa...Siapakah pemiliknya tulang rusuk ini hanya ALLAH yang mengetahui jawapan nya..kita sebagai manusia hanya mampu merancang..tetapi ALLAH lah yang akan menentukan..just wait n see ye..:)

No comments:
Post a Comment