Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Saturday, May 21, 2011

PeSaNaN AbaH...

Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tapi kamu perlu ingat, 2 orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

1)Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat ganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan jadi  penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

2)Kamu kena ingat sekiranya kamu mempunyai masalah  besar,sebenarnya  ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu.  

3)Jangan sesekali rasa putus asa terhadap apa yang telah  kamu lakukan. Terus mengejar  apa yang kamu impikan selama ini.

4)Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

5)Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

6)Kamu tidak boleh  terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

7) Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.

8)Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

9)Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.
Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.


p/s : no 8 dengan 9 tu selalu sangat abah mention kat aku..2 bermakna abah sayang sangat kt aku..sampai susah nak melepaskan anaknya ini...sampai kadang2 aku terpaksa berkorban dan tinggalkan org yang aku syg..sbb restu mak dgn ayah 2 sangat penting...bila dia ckp xboleh tu bermakna kite  tak boleh teruskan....mungkin mereka mempunyai alasan yg tersendiri mengapa mereka berbuat demikian....( "_" )

Thursday, May 19, 2011

TerusKaN MeLaNgKaH...

andai hilang arah yang dicari, andai jemu suatu yang dinanti, andai pergi dia yang berada di sisi. mulakanlah  dari hati, 

andai hati mati,makanya  dunia nan luas tinggalnya hitam mata memandang... kuasa kegelapan akan menghalang pemikiran untuk berfungsi dengan waras lalu jalan yang bercabang menjadi satu arah yang menenggelamkan.

semalam aku datang dengan berlari, mengapa hari ini hanya berjalan dan terkadang hanya menanti sesuatu yg tak pasti ?sedarlah, yang dikejar bukan hanya bayang-bayang sendiri. pasir takkan berjalan andai ombak tak membelah pantai.

hari ini aku menjadi saksi satu revolusi, mungkinkah ianya  tidak terjadi tanpa hadirnya sebuah pengorbanan? jangan hanya menanti, cuba untuk berjalan dan terus berlari mengejar arah yang dijanji.

menangislah andai kau terjatuh, kita hamba yang hanya mampu untuk meminta. andai kepahitan hari ini kau rasai, moga kemanisan esoknya yang akan dikongsi. "hiduplah dengan perjuangan, dan matilah untuk Islam".  ( @_@ )  

Wednesday, May 11, 2011

Senyuman Hari ini...

Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari... ( " _ " )

Sunday, May 8, 2011

Pesanan Buat Si Dia...




Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ALLAH kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana iman nya bukan rupanya...
Tolong ingatkan si dia,
aKU lebih cintakan Zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana santun nya..

Tolong tegur si dia,
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
BIla dia tenggelam di dalam angan2 nya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si Dia,
aku milik yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga...

Tolong sedarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar pada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabrakan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindu nya..
Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepada nya...

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahi dia berjaya dalam impian dan cita - cita nya..

Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaan ku...
Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga...

Tolong sampaikan pada si dia,
Hbungan ini terjaga selagi dia menjaga hbungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia,
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

C.I.N.T.A
Lahirnya dari 2 hati....<3 <3
Hadirnya tanpa di paksa..
Ya ALLAH YA Tuhanku..
telah datang kepadaku..
seorang insan yang mengetuk pintu hati ini..
Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik..
YAng telah engkau tetapkan buatku...
Sejak dari kandungan ibuku lagi...
Maka permudahkanlah urusan dia..
Permudahkanlah urusan kami berdua...

Lindungilah imanku Ya ALLAH..
Lindungilah iman dia Ya ALLAH..
DAn lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini..


C.I.N.T.A
Karya indah Sang Pencipta,
Dimulakan di Syurga..
Dimasukkan ke dalam jiwa Adam Dan Hawa,
Lalu dianak- pinakkan ke setiap jiwa dengan kadar yang berbeza..

Cinta sebenarnya tidak buta..
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan..
Yang buta adalah bila cinta menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan..
CINta, Menyintai Dan Dicintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia..

Hak untuk bercinta, dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri..
Pilihan adalah terpulang kepada kita,
Jika pilihan berlandaskan agama,
Pasti hasilnya di berkati..
Dan sekiranya berlandaskan nafsu,
Pasti akan terhumban ke lebah kehinaan...

Friday, May 6, 2011

MuNaJat JoDoH..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,

ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga. 

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan.

Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu , terbaik buat agamaku , terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, 

maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. 

Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku .

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba , 
maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.

Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. 

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, 
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih. Amin......:)

Wednesday, May 4, 2011

Sepanjang Hidup




Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu


Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi