Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Saturday, May 21, 2011

PeSaNaN AbaH...

Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tapi kamu perlu ingat, 2 orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

1)Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat ganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan jadi  penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

2)Kamu kena ingat sekiranya kamu mempunyai masalah  besar,sebenarnya  ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu.  

3)Jangan sesekali rasa putus asa terhadap apa yang telah  kamu lakukan. Terus mengejar  apa yang kamu impikan selama ini.

4)Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

5)Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

6)Kamu tidak boleh  terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

7) Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.

8)Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

9)Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.
Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.


p/s : no 8 dengan 9 tu selalu sangat abah mention kat aku..2 bermakna abah sayang sangat kt aku..sampai susah nak melepaskan anaknya ini...sampai kadang2 aku terpaksa berkorban dan tinggalkan org yang aku syg..sbb restu mak dgn ayah 2 sangat penting...bila dia ckp xboleh tu bermakna kite  tak boleh teruskan....mungkin mereka mempunyai alasan yg tersendiri mengapa mereka berbuat demikian....( "_" )

No comments: