rasenye sudah lame Cik Embun tidak mencatat coretan diruangan ini...
mungkin kerana cik embun terlampau bizi kebelakangan ini...
Untuk pengetahuan anda..Cik Embun baru sahaja selesai satu misi dan visi bersama anak2 istimewa @ lebih senang di sebut anak2 kurang upaya...
Cik Embun banyak menghabiskan masa bersama mereka meluangkan masa selama seminggu di PDK Petaling...
Semasa disana banyak yg telah Cik Embun pelajari dan banyak mengajar Cik Embun erti kesabaran melayani anak2 istimewa ini...tidak dinafikan Cik Embun mmg suke dgn kanak2..
dan mungkin telah tersurat dlm suratan takdir bahawa Cik Embun mmg ditakdirkan menjadi guru kepada anak2 ini walaupun sekarang sbg guru pelatih..blm menjadi guru sepenuhnya...Namun,Cik Embun terime semua suratan ini dan Cik Embun gembira dgn tugas ini...Cik Embun x pernah sesekali mengaaggap ia nya sbg bebanan...
Seminggu bersama mereka di Pusat Itu,banyak benda yg telah kami lalui bersama...
antara aktivti yg telah Cik Embun jalani bersama anak2 ini adalah..
Cik Embun membawa anak2 ini melawat ke Aquaria KLCC...pertama kali menjejakkan kaki disitu bersama anak2 ini....kami dipandang sinis oleh org sekeliling yg melihat kumpulan kami memimpin tgn anak2 ini....mereka memandang dgn penuh jengkel melihat anak2 ini yg ada diantara mereka yg kurang upaya seperti berkerusi roda..ada juga yg terencat akal...ada yg sentiasa melelh air liur..terjerit2 tanpa hala tuju...ada yg terkinja2 ...ada yg dduk di dalam dunia mereka sndiri...Namun,kami tidak hiraukan semua itu..
Cik Embun sempat memegang tgn seorang anak istimewa bernama Syafiq yg mempunyai masalah terencat akal dan hyper aktif...menurut ibunya ,kanak2 ini susah mahu mendgr kata...namun.ketika berjalan di KLCC bersama Cik Embun...kanak2 ini mahu mendengar kata..tidak sedikit pun dia ingkar dgn arahan Cik Embun...malah dia sedikit pun tidak mahu berenggang dgn Cik Embun...kasihan kanak2 ini...mungkin dia x pernah menjejakkan kaki di kalangan masyarakat..terutama skali di persekitaran yg mempunyai org ramai...
Alhamdulillah..Cik Embun boleh handle kanak2 itu dr mula sampai ke akhir..mungkin ade kelebihan yg dikurniakan pd Cik Embun yg CIk Embun xpernah perasan sblm ini..iaitu cik embun dpt bersabar dlm melayani keletah anak2 istimewa yg berbagai ragam ini...Cik Embun sempat juga membawa anak2 ini bermandi manda di Taman yg berhadapan dgn KLCC..anak2 ini begitu leka bermain air...tersenyum riang apabila dapat dduk di dlm air...melihat senyuman mereka sedikit sebanyak dpt mengubati hati yg sudah lama suram dan sepi..melihat gelagat anak2 ini dpt mencuit hati Cik Embun..malah pernah sekali terdetik di dlm hati Cik Embun betapa suci nya hati anak2 ini..dan tempatnya kelak sudah pasti adalah di Syurga...mereka mungkin dipandang hina oleh mansyarakat ttapi mereka dipandang tinggi di sisi ALLAH S.W.T..
Disamping itu,sempat juga Cik Embun pergi melawat ke rumah anak2 ini..melihat kehidupan mereka smasa dirumah...pandai rupanya mereka melaksanakan kerja2 rumah..tidak disangka..walaupun dikurniakan akal yg lemah namun mereka juga dapat menjalani aktiviti seperti manusia normal..geli hati Cik Embun melihat telatah mereka membantu ibu mereka menyediakan makanan & minuman..serta membantu membasuh pinggan...
Banyak pengalaman yg sudah cik embun kutip selama seminggu di situ..dan ini akan cik embun simpan rapi di dalam hati..mungkin cik embun tidak dapat bersua muka lagi dgn anak2 ini selepas ni...Rasa sedih juga mahu meninggalkan mereka..namun apa kan daya...mungkin sampai disini sahaja pertemuan kami...sedih saat melihat anak2 ini melambaikan tangan kepada kami..Cik Embun dpt melihat linangan air mata mereka..semoga kita dpt bertemu lagi ya anak2 kecil...Cik Embun syg kamoo semua....
disini Cik Embun ada titipkan foto kenangan bersama...







No comments:
Post a Comment