Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Wednesday, January 12, 2011

KeNaPa LeLaKi PaTuT MeMiNaNg SeORaNg GuRu....

Sebelum kamu semua baca dengan lebih lanjut, dengan ini ingin ku smpaikan bahawa post ini adalah sbgai bahan santai dan untuk tatapan semua..ia diambil berdasarkan pandangan sesetengah pihak mengenai persepsi berpasangan dengan seorang GURU...Kenapa lelaki patut segera meminang seorang guru ya? Lebih-lebih lagi kalau lelaki itu jurutera.Mengapa ya? Ketawa sambil juling - juling kan mata]   (@_@)

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
 
 
Bagaimana??Senang bukan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH). 

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
 
Pesanan yang biasa ditinggalkan buat suami...
- Sayang, awak duduk rumah, buatlah apa yang patut. Semuanya saya dah sediakan, tengok tepi dinding, atas meja solek, depan peti ais dan sebagainya. Ketawa...

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. (Ini ambil fakta sana)
Seorang guru hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan murid - muird pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu jugalah yang  kena beri perhatian pada murid secara berlebihan dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan. 

Pernah kamu dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Tentu tidak sama sekali kan...
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama 
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain...
 
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tau?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila ke...
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup hanya dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
 
4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?hehehe..( bg yang dh bersuamila..kalau yg bujang 2..mcm bese la..jd penjaga murid - murid la..ape lagi kan...

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
 
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan  yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan...semua mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru. 

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)


6. Penampilan..
Dari segi wajah dan sebagainya, kita tidak layak untuk menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kite jarang  akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Kan?
 

Tapi, kalau lelaki yang disukai memuji?
Ah, itu kena tengok tuan punya diri sendiri.
Ketawa geli hati...hehe..
 
** Perhatian kepada pencari-pencari jodoh di luar sana, ini bukan suatu garis panduan yang tepat dan jitu. Ini sekadar pandangan peribadi yang suka-suka sahaja. Oh, kalau bakal ibu mertua membaca  (eh, sudah ada ke?), saya cuma insan biasa yang suka ketawa gembira...
Dan yang  ini bukan penulisan untuk menjual diri atau mengiklankan peribadi.
Ini tulisan santai sekadar suka-suka untuk melepaskan tekanan, sebagai satu bentuk terapi...("_")


 
 
 
 
 
 

No comments: