Ya ALLAH mengapalah aku sering diuji..
Berbagai ujian telah kau turunkan untuk ku Ya ALLAH..
Mengapakah hidup ku sering dijadikan bahan mainan..
Terlalu perit untuk aku hadapi hidup ini..
Apa gunanya menerima kembali sekiranya sayang itu telah tiada lagi..
Dahulu telah ku semai kasih sayang itu disawah yang bernama hati..
Aku tatang benih kasih sayang itu bagai minyak yang penuh..
Namun di dalam hati2 aku mengharungi liku2 kehidupan..
Benih kasih sayang itu tumpah lalu bertaburan ke bumi..
Ibarat kaca yang pecah berderai..
Tidak dapat di selamatkan lagi..
Ingin ku kutip semula benih kasih sayang itu..
Namun kelihatan samar2..tiada berbayang..Yang hanya kelihatan adalah daun2 semalu menghijau..
Lalu dimanakah benih2 kasih syg itu bersembunyi lagi..Adakah dicelah2 semalu2 menghijau itu??
Tika ia kelihatan dipandangan mata..
Namun hatiku deras berkata..ia mungkin telah diracuni,kotor dan tidak sesuai untuk dibajai semula,..
Ataukah perlu aku tinggalkan sahaja benih kasih sayang itu..
Dan mencari benih kasih syg lain yang lebih berharga dan berkualiti..
Aku menjadi sangat keliru..kerana terlalu luka jari ku...meredah di celah2 semalu itu..
Untuk apakah lagi aku perlu mencederakan diri..bagi mencari benih kasih sayang itu lagi..
Ya ALLAH..
Bantulah aku...
Aku sudah letih dengan semua ini...
Hilang semua kepercayaan dan penghormatanku buatnya..
Apa lagi yg tinggal..
Secebis kasih sayang pun belum tentu dapat aku hadiah kan buatnya..
Kerana aku terlalu terluka..Dengan tindakan nya..
Mengapa kau datang kepada ku lagi..
Adakah sekadar untuk menyakitiku buat kali ke-2..
Ya ALLAH aku tak sanggup mengambil risiko untuk disakiti lagi..
Cukuplah dengan luka yang telah kau toreh lagi..masih nampak lagi kesan itu..
Masih belum sembuh lagi..
Namun adakah kau ingin menambah lagi luka yang sedia ada..
Apa lagi yang perlu aku buat untuk mengharungi hidup ini..
Mengapa bayang2 nya selalu mengekori hidup aku..
Kemana lagi arah yang harus aku tuju ya ALLAH..
Kemanakah lagi langkah kaki ku ini akan pergi..
Cukuplah dengan sandiwara mu itu..
Apakah lagi lakonan mu selepas ini..
Sesungguhnya aku ingin mencari seorang lelaki yg ikhlas..
Untuk meneruskan hidup bersama ku..
Yang dapat menerima apa ada nya aku..
Bukan seorang lelaki yg mengharapkan sesuatu yang lebih dari apa yg aku ada..
Lalu bagaimanakah lagi untuk aku mempercayai insan2 ini..
YA ALLAH tunjukkan jodoh yg terbaik buat ku..
Hadirkan lah seorang yang terbaik dihadapan mataku..
Yang bukan hanya suka2 untuk memiliki aku..
tetapi dengan tujuan untuk membina sebuah mahligai indah untuk selamanya.

No comments:
Post a Comment