"Cinta itu bukan satu perkara yang harus dicuba cuba,bukan perkara yang bila gagal kamu cuba dan cuba lagi tanpa ada usaha untuk menjaga nya"
Hati kadangkala bagai tersiat apabila dicurangi.Kadangkala terasa ngilu dan sakit..Tiada siapa yang mampu menyelami hati ini.Kadangkala sakit ini mampu menjadi dendam yang tak sudah sudah..
Sepi ini kadangkala menghimpit jiwa dan perasaan..sering sendirian melihat diri dalam kepayahan dan cuba mencari siapa diri sendiri..Tiada siapa inginkan perasaan sepi seperti ini,walaupun jauh berbatu kita melarikan diri..Sepi itu tetap akan bertandang dihati..
Bila kadangkala kita rasakan cinta itu sudah tidak bermakna dan merasakan kita adalah manusia yang tiada arah..Kadangkala kita lupa dan terus hanyut membiarkan hati ini membenci seraut wajah sehinggakan merasakan seperti hati kita telah mati..Apabila mecari wajah cinta baru,kita sering kali diselimuti bayang2 lalu yang pernah menyesakkan dada..
Bila kehadiran cinta itu ada..kita sering kali menolaknya tidak mahu menerimanya..Jangan pernah kita membenci seraut wajah itu dan berputus asa,Kerana itu semua mungkin kerana masa dan tempat yang tidak kena..Dan mungkin juga kerana Jodoh yang tiada..Siapalah kita untuk terus mendendami suatu suratan..
"Ya ALLAH andai dia bukan untukku..Bawalah dia pergi jauh jauh dari relung jiwa ini..Sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk hidup ini.."
Perpisahan lebih baik & bermakna dpd diri kita terus dibohongi dengan kepalsuan pd erti perhubungan..Dan terus memujuk hati seolah tiada apa yg berlaku..sayu dan pilu...perit dan pedih..lalu kecewa akhirnya..
Kadangkala perpisahan itu bukan mengajar kita untuk lemah..Tapi sebenarnya memberi kekuatan pd diri utk menilai sesuatu perhubungan samada bahagia @ tidak dengan memilikinya..
" Kita sebenarnya mempunyai pilihan samada untuk terus kecewa atau bangun utk mencari satu kehidupan ..Kita masih mempunyai akal yang waras untuk menangisi kejam nya cinta atau membina kekuatan diri..Tiada siapa yg dapat mengubah kehidupan kita melainkan Dia..Berdoa dan bertawakallah pd ALLAH untuk memohon petunjuk..."
Sebenarnya tiada siapa pun menginginkan perasaan sepi itu..perlukah dipertahankan rasa yang kita belum pasti kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangan nya juga suatu hari nanti..atau mungkin kukuhkah ikatan yang dibina diatas keruntuhan semalam , dikutip serpihan hati yang telah hancur berkecai??
"Meninggalkan kepada sesuatu yang belum pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti kenyataan yang tak kunjung tiba..Pasti ada yang lebih baik menanti walau yang patah itu ada sakitnya..hilang berganti tiada samanya..Namun hati perlu yakin kerana pasti kita bertemu yang salah sebelum menjadi hak kepada kita "
Sepi itu indah..sunyi itu kadangkala pengubat rindu..Di dalam menanti sesuatu yang lebih bermakna..dan kadangkala sunyi itu ada warna nya..Warna yang menanti cantik nya pelangi di sebalik awan.. ( " _ " )

No comments:
Post a Comment