Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Sunday, January 16, 2011

MeNcARi CiNTa HaKiKi...MeNDaMba ReDhA IlaHi...

Mencari Cinta Hakiki, Mendamba Redha Ilahi....Payah benar kurasakan, menelusuri hari demi hari..
mencari cinta hakiki,yang mekar di hati insan..bukan cinta nafsu namun cinta fitrah insani,yang disalurkan kpd jalan yg suci..

hanya satu cara..melalui satu ikatan yang suci,
itulah Pernikahan abadi..Kuingini cinta itu hanya d alam pernikahan..dan ku  yakini, cinta setelah itu adalah cinta yg diredhaiNya..kerana itulah syariat Nya yang MESTI  kita ikuti demi meraih redha ilahi..


Ya ALLAH..adakah aku dipandang mundur hanya kerana berpegang pada prinsip ini
bertegas pd kaum adam agar iman mereka tak luntur dek kelembutan kaum hawa..

Apakah ianya salah?Mencari pasangan hidup..bagiku bukanlah semudah memetik jari..
apakah insan bernama wanita,perlu menggunakan semua wataknya untuk memaut hati lelaki??
Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!


wahai insan bernama wanita..
tetaplah teguh dirimu pada jalanNya...memenuhi semua tuntutanNya..memagar dirimu dengan malu dan taqwa...terpesona dengan madah berbunga sang nafsu yg berpuaka kerana Allah dan Rasul ada janjinya buatmu muslimah yang memelihara diri jangan pernah dikau ragu!
kerana janjiNya pasti BENAR!


Ya Rabbi..
sabarkanlah hatiku,tabahkanlah jiwaku,
moga pendirianku tetap teguh padaMu
sungguh ku mencari cinta hakiki dan

Dalam masa yg sama...Aku juga mendambakan Kasih dan Redha Ya ALLAH..
Agar segalanya indah bersama-Mu..Amin.. Ya Rabbal A'lamin... ( "_" )



Wednesday, January 12, 2011

JaUhKaN RiNdUkU KePaDa DiA...

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku di dalam cermin,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini sebagai  'cinta',
Lalu mereka hairan mengapa  aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
Yang mungkin datang hanya sementara dlm hidupku..
kerana rindu ini mungkin  rindu yang akan memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mungkin akan mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang belum halal untukku,
Kerana dengan hadirnya rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan yang paling bahagia.

Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan yang paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Ya Allah,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Ya Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya layak kepada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawaku ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.


Ya Allah  Ya Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi...( "_" )

KeNaPa LeLaKi PaTuT MeMiNaNg SeORaNg GuRu....

Sebelum kamu semua baca dengan lebih lanjut, dengan ini ingin ku smpaikan bahawa post ini adalah sbgai bahan santai dan untuk tatapan semua..ia diambil berdasarkan pandangan sesetengah pihak mengenai persepsi berpasangan dengan seorang GURU...Kenapa lelaki patut segera meminang seorang guru ya? Lebih-lebih lagi kalau lelaki itu jurutera.Mengapa ya? Ketawa sambil juling - juling kan mata]   (@_@)

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
 
 
Bagaimana??Senang bukan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH). 

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
 
Pesanan yang biasa ditinggalkan buat suami...
- Sayang, awak duduk rumah, buatlah apa yang patut. Semuanya saya dah sediakan, tengok tepi dinding, atas meja solek, depan peti ais dan sebagainya. Ketawa...

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. (Ini ambil fakta sana)
Seorang guru hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan murid - muird pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu jugalah yang  kena beri perhatian pada murid secara berlebihan dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan. 

Pernah kamu dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Tentu tidak sama sekali kan...
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama 
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain...
 
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tau?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila ke...
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup hanya dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
 
4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?hehehe..( bg yang dh bersuamila..kalau yg bujang 2..mcm bese la..jd penjaga murid - murid la..ape lagi kan...

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
 
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan  yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan...semua mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru. 

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)


6. Penampilan..
Dari segi wajah dan sebagainya, kita tidak layak untuk menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kite jarang  akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Kan?
 

Tapi, kalau lelaki yang disukai memuji?
Ah, itu kena tengok tuan punya diri sendiri.
Ketawa geli hati...hehe..
 
** Perhatian kepada pencari-pencari jodoh di luar sana, ini bukan suatu garis panduan yang tepat dan jitu. Ini sekadar pandangan peribadi yang suka-suka sahaja. Oh, kalau bakal ibu mertua membaca  (eh, sudah ada ke?), saya cuma insan biasa yang suka ketawa gembira...
Dan yang  ini bukan penulisan untuk menjual diri atau mengiklankan peribadi.
Ini tulisan santai sekadar suka-suka untuk melepaskan tekanan, sebagai satu bentuk terapi...("_")


 
 
 
 
 
 

Wednesday, November 24, 2010

uNtUk TaTaPaN BaKaL TeMaN HiDuPku....

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu
,Jagalah aku,Sayangilah aku,Dan...Jujurlah padaku....( '_' )

KeKaSiH Vs KeKasiH SeJaTi...

KEKASIH : hanya ingat senyum pada wajah kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu ingat senyum & tangis pada wajah kamu.
KEKASIH : tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur
KEKASIH SEJATI: tidak kisah bile2 pun..asalkan..kamu menghubunginya..

KEKASIH : selalu mendoakan kebahagiaan kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu mendoakan kebahagiaan kamu,dan berusaha untuk membahagiakan kamu.

KEKASIH : setiap detik menunggu panggilan daripada mu..
KELASIH SEJATI: setiap detik akan menghubungi kamu..

KEKASIH : melihat semua yg telah dia korbankan untuk mu
KEKASIH SEJATI: melihat semua yg telah kamu korbankan untuk dirinya..

KEKASIH : ingin kamu di samping menemaninya selalu..
KEKASIH SEJATI: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya..

KEKASIH : selalu bertanya kepada kamu,mengapa kamu buat dia bersedih..
KEKASIH SEJATI: selalu bertanya pada dirinya sendiri..apakah dia selalu membuat kamu bersedih.

KEKASIH : berfikiran bahawa perpisahan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.
KEKASIH SEJATI: berfikiran bahawa perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik..dan dia akan berusaha untuk menyelamatkan hubungan dengan menggunakan alternatif lain..Kekasih Sejati hanya akan meredhakan perpisahan setelah sgala usaha untuk mengharmonikan semula hubungan telah gagal...andai perpisahan itu mampu membuatkan pasangannya lebih bahagia..dia terima perpisahan itu dengan hati yang terbuka..walaupun perpisahan itu menyakitkan dirinya..!!

KEKASIH SEJATI: sangggup berhadapan dengan kekecewaaan, asalkan kekecewaan yg dialaminya itu mampu memberi kebahagiaan kpd kamu..sanggup menanggung penderitaan,& kesengsaraan, asalkan kamu bahagia..kebahagiaannya adalah setelah melihat kamu bahagia...
 CINTA SEJATI..Tak Bertambah Disebabkan Kebaikan..Tak Berkurang Disebabkan Keburukan.. CINTA SEJATI..Sukar Ditemui..Tetapi Tak Mustahil Untuk Dimiliki..

jd kategori yg manakah  anda ???seorang kekasih biasa atau kekasih sejati???fikir2 kanlah...

Saturday, November 13, 2010

MenCaRi YaNg TeRLaLu SeMpUrNa..

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya, ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga...


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia tumpah... tentu sukar untuk kamu mengumpulkannya semula...
Akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan
lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal...



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

SweetNye....

Friday, November 12, 2010

PeTaNdA BaHaWa DiA SbeNaRNYa SaYaNg KaMu..

 Setiap daripada anda pastinya pernah merasai pengalaman dicintai oleh sesorang..Cuba anda amati situasi dibawah..Adakah benar seperti pengalaman yang pernah anda lalui akibat dicintai oleh seseorang yang benar - benar  mencintai anda.Andainya benar anda pernah melalui situasi seperti dibwah maka benarlah telahan cik embun bahawa manusia tersebut sebenarnya mencintai  anda tetapi tidak pandai untuk mengungkapkannya...Lihatlah keikhlasan dia dan tulus hatinya...




1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

 
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu  merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain  lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA     padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu  sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan  mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi  baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS  dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas  dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak  pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Monday, November 8, 2010

JiKa bLm MasaNya..CiNtaILaH ia dLm diAm...

Bila belum berpeluang melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah dgn mencintai ia dalam diam ...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalinkan  hubungan yang terlarang, kau tak mau merosakkan  kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu itu akan  memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan  izzah dan iffahmu ..

kerana diammu juga bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta mungkin  juga bukan  orang yang telah ALLAH swt... pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, nescaya  Allah  melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang lebih sesuai dan mungkin juga jodohmu yg telah tertulis di loh mahfuz ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri di dalam sudut hatimu dan  menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu  ...( "_" )

Thursday, October 28, 2010

CaNtiKNya LeLaKi...GaGaHnYa WaNiTa...

nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Wednesday, October 27, 2010

BeRiLaH KeKUaTaN Ya ALLAH...



Namun ku tahu..Ada hikmahnya..
Setiap Segala yg menimpa diri...
Ya ALLAH tidak ku terdaya lagi..
Menahan dugaan yg mencabar ini...
Terasa bagai nokhtah telah ku temui...
Mengakhiri segala yg telah ku mulai..
Kini disini aku berdiri..
Bersama harapan yg tulus suci..
Agar terbitlah kembali mentari pagi..Setelah mlamku bersalut benci...

Sunday, October 24, 2010

dEnGaRLaH WaHai LeLaki & WaNiTa...

 Lelaki 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita 
  • Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Saksinya kurang berbanding lelaki.
  • Menerima pusaka kurang dari lelaki.
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: 
  • isterinya, 
  • ibunya, 
  • anak perempuannya 
  • saudara perempuannya. 
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: 
  • suaminya 
  • ayahnya
  • anak lelakinya 
  • saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: 
  • sembahyang 5 waktu
  • puasa di bulan Ramadhan
  • taat suaminya 
  • menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
" Ya Tuhanku, bahawasanya aku berlindung pada Engkau dari hati yang tiada khusyuk, dan dari Doa yang tiada didengarkan Tuhan, dan dari nafsu yang tidak mahu kenyang-kenyanya dan dari ilmu yang tiada manafaat. Amin Ya Allah! "


p/s : Oleh itu wahai wanita...marilah kita taat kpd suami..nescaya pasti kita akan masuk ke dlm syurga..kalau anda tgk la kan..wanita ni dia akan beri komitmen yg lebih kpd lelaki...kalau blm kawin pon mungkin dia akan lbih mmentingkan teman lelaki berbanding kwn2 prempuan nya..btol x???berbanding lelaki..dia  akan lbih mementingkan psahabatan ( kwn2)  berbanding hbungan nya dgn wanita..
sbb 2 kita boleh lihat..wanita ni setelah berkahwin...dia hanya akan menumpukan perhatian nya terhadap suami & anak2 nya sahaja..hidupnya hanya utk keluarga,..tp lelaki...walaupun selepas berkahwin,hubungannya dengan kwn2 xpernah terputus..still keep intouch..stuju  x??

Utk kaum lelaki..syangilah dan hargailah  kaum wanita seadanya ..jgn lah anda sesekali menyakitinya...sedangkan ALLAH  pun pandai menghargai kaum wanita....disayangi kaum wanita dgn kelebihan yg diberikan..krn tanpa wanita xbermakna lah hidup lelaki kan...

Thursday, October 21, 2010

aKu, DiA DaN SeSuAtU…PeRgiLaH SeGaLa KeNaNgaN…( ;“_“; )

Tengah aku duduk bermenung…tetiba ingatan ku diterpa oleh bayangan seseorang…byang2 seorang yg sangat2 aku rindui…yg xmungkin akan aku temui lagi…kenapa la bayangan ini hadir dikala aku sedang dduk berseorangan mengenangkan nasib diri…Ya ALLAH kenapa la mesti dia yg hadir,…

Bayangan itu,membuatkan aku teringatkan saat2 kami bersama dahulu..aku singkap kembali gmba2 lama dia yg masih tersimpan rapi…xsampai hati utk aku buangkan gmbar2 itu..terimbaulah kenangan2 dahulu…



Dulu…ade org yg selalu ambil berat pasal aku..pantang je roommate aku msj smpaikan khabar aku yg xbrape sihat…xsmpai 5minit lepas 2 mula la fon ku berdering2 minta diangkat..bila ku angkat..mula la aku dgr suara itu berceloteh di telinga ku…mengomel itu dan ini di sbb kan kerana aku xmahu mkn…habis dipaksanya aku mkn mase tu jugak..supaya dia tahu yg perut ku telah diisi dan aku boleh mkn ubat dan sembuh dgn cepat….sweetnye mase tu…walaupun bingit telinga ni dgr dia membebel tp aku seronok mendengar…antara perkataan yg selalu keluar disaat2 mcm ni adalah “ knape xmakan ni??kalau sakit nanti sape yg susah???sy jugak yg susah…sy jauh..xboleh ada disaat awk susah…tolongla jaga kesihatan tu…lain kali ,kalau sakit, jgn la sorok2 kan..sy nak jd org ptama yg dengar.. xnak dgr dpd mulut org lain dah…janji tau….itu lah omelan dia kpd ku…


Dulu..tiap2 kali bangun dari tidur..dia adalah org ptama yg bermain difikiran aku..lantas ku capai fon ku utk menelefon dia…utk kejutkan dia bangun subuh..benda pertama skali yg sering aku dgr adalah suaranya menguap dan mengeliat …lantas aku menjerit…cepat bangun..nanti tertinggal subuh..dan pesanan yg terakhir sblm aku letak fon adalah..jgn tido blk tau..kalau tido siapla….kdang2 ketawa je aku dgr die mengiakan setiap arahan ku…dan setiap kali itu jugalah dia xkan lupa mengucapkan terima kasih kpd aku…




Dulu…setiap kali sebelum masuk tidur…mulutku xkan lupa utk mengucapkan slamat malam kpd dia…Setiap kali sblm tidur dia akan bpesan supaya dikejutkan nya utk bangun subuh…ku turutkan sahaja dgn senang hati…..kadang2 tengah2 aku sdap tidur…tibe2 fon aku akan berbunyi ditgh2 mlm..itu menandakan dia tiba2 teringat kpd ku atau pun dia xdpt tidur pd mlm tu..dia akan menelefon aku..utk mdgr celoteh aku sehingga membuatkan matanya mengantuk …aku paksa kan jugak membuka mata dan angkat fon tu…walaupun kdang2 mase 2 aku mengantuk sangat ataupun penat sgt..xpenah aku lupa utk menjawab telefon nya…walaupun kdang2 aku terdgr suara rase bersalahnya yg mengganggu lenaku,namun cepat2 aku menjawab..” x apa..org xtido lg “…sbb aku xnak dia rasa bsalah kpd aku…dan aku pun mula lah berceloteh itu dan ini..menjawab setiap pertanyaan dia..xpernah sikit pon aku marah dia krana mengganggu tidurku…apatah lagi utk meninggikan suara kpdnya…layankan je la ape yg dia Tanya…sbb aku tau kalau die telefon aku tgh2 mlm tu mesti bersebab..samada dia xsedap hati pd malam itu…atau dia tiba2 teringat kpd aku…biasanya setiap kali dia rasa xsedap hati…cepat2 dia telefon aku..bertanyakan keadaan aku..ok ke tidak…kdang2 aku ketawe je mendengarkan pertanyaan die yg mengelabah tu…

Dulu..mase game Farmville tgh femes dulu…aku selalu sgt berlumba2 main dgn die…tgk sape paling banyak menanam dan dpt hasil..sape yg paling cepat dpt membina rumah kami…dengan itu,tiap2 harila aku rajin menanam dan mengutip tanaman aku..supaya aku dpt kumpul duit Farmville bnyk2 dan dpt beli rumah paling besar skali dlm Farmville tu..tu adalah impian aku..aku selalu ckp itulah rumah kami…Kadang2 kalau die terlampau sibuk..mesti die akan berpesan kpd ku supaya kutipkan tanaman dia..supaya xla dia rugi..nanti tanaman mati nanti xdptla kumpul duit nak beli rumah..nak beli jentera la..mcm2 la..kami selalu bertukar2 gift..setiap hari die xkan lupa menghantar gift kpd aku..seronok sgt waktu 2..xsabar2 nak tgk ape gift yg di anta..walaupun gift 2 hanyalah di alam maya je..tp aku xkisah pon..janji aku gembire mase tu..atleast aku tau,yg die ingat jugak kt aku…

Dulu…aku selalu dihidangkan dgn lagu kegemarannya..lagu yg disukai akan dikongsi bersama..sbagai halwa telingaku diwaktu sunyi…kadang2 jugak aku di dgrkan dgn suara ‘merdunya’ yg menyanyikan lagu itu utk aku…sweetnya msa 2…nape la mse 2 xdpt diputar kembali…

Dulu..setiap kali aku keluar ke mana2..akan ada yg menantikan kpulangan aku dgn selamat..akan ada deringan telefon yg bertanyakan keselamatan ku..bertubi2 soalan begini…” ade kt mane lagi tu???bila nak balik???dah sampai ke???nanti dah sampai jgn lupa bagitau tau…banyak sungguh pesanan dr penaja..kadang2 smpai pnat aku nak menjawab “ ya..baik..ok…ye la….” Tp aku xpenah mengeluh sikit pon…yg paling aku xboleh nak lupa adalah pesanan yg sering kali bermain di bibir dia setiap kali menelefn aku..setiap kali sblm letak fon msti die berpesan..”jaga diri elok2 tau “ mmg tu adalah perkataan keramat yg mmg aku xkan lupa la..mmg aku pegang kata2 tu setiap kali aku nk buat sesuatu..sbb ia akan membuatkan aku lebih berhati2 dlm setiap perkara yg nk aku lakukan…dan bila terjadi sesuatu bnde yg xdiingini pd diri aku..mesti ade omelan yg bertubi2 ditelinga aku dan mesti berbunyi mcm ni setiap kali…” kan org dah pesan soh jaga diri…kenapa xnak jaga diri elok2 ni…org risau tau x…len kali jaga diri elok2 tau..” walaupun rse mcm panas je telinga dgr..tp xpenah aku merungut…sweet nye mase 2…atleast ade jugak yg nak amik berat pasal aku…


Dulu..setiap kali sblm exam…kami msti akan bertukar2 nota…bertukar2 soalan spot…berpesan2 supaya study..setiap saat mesti saling ingat mengingatkan antara satu sama lain supaya xlalai..ingat cita2 yg nak dikejar…aku ingat lagi saat2 tu..dan yg pasti setiap kali sblm exam..pastinya kami akan study bersama2 ..tiada apa yg mempu menghalang,walaupun jarak yg jauh yg menghalang dan memisah kan kami..namun,ia xpnah melunturkan semangat kami utk mengulangkaji bersama2..even melalui telefon pon jadilah..janji aku dan dia akan baca benda yg sama…bila jwb exam jwb bnde yg sama..hafal keyword yg kiteorg ringkaskan sama2…bestla jugak..ade la jugak org nak diajak study…


Dulu…setiap kali aku menitiskan air mata…setiap kali aku di dlm kesusahan…dialah yg menjadi pendengar setiaku..kerana dia sudi membentangkan telinga nya utk mendengar segala masalahku…dia juga lah yg menjadi tempat utk aku mencurahkan segala isi hatiku..sedih..kecewa…duka…lara…segala2nya…setiap kali itu jugalah dia akan menjadi penawar kpd duka aku…dialah pemujuk yg setia memujuk sehingga air mataku berhenti menitis…dia sabar melayani setiap tangisan aku ….ingat lagi..sewaktu bondaku terlantar sakit..aku menangis siang dan mlm...dialah yg sentiasa mjadi penenang utk ku..sntiasa menitipkan kata2 semangat buatku lebih tabah...ya ALLAH..mengapa kau jauhkan dia dari hidupku...aku tiada tempat lg..utk menumpang kasih...menumpang kisah sedih...dia tiada lagi utk ku...


Dulu..aku menjadi tempatnya meluahkan segala rasa hatinya…segala beban msalah yg ditanggung…segala kesedihannya..semuanya diluahkan kpd ku…ingat lagi aku…di saat dia sedih pd hari lahirnya…teresak – esak dia menangis..tak tertanggung katanya…ku pinjam kan telingaku dan dgr kan saja dgn sabar…rasanya pd waktu itu aku juga turut menitiskan air mata mendengar tangisan dia…memang aku seorg wanita yg lemah…tp aku terpaksa menjadi kuat utk meneruskan hidupku tanpa dia…kadangkala segala berita gembira akan disampaikan kpd ku..aku lah yg menjadi tempatnya melepaskan kegembiraan nya diatas sesuatu yg diperolehi…aku turut sama gembira dan tersenyum diatas segala kegembiraan yg dia miliki…akan kami kongsikan bersama…itulah kami..suatu ketika dahulu…yg paling xdpt aku lupakan adalah semasa hari lahirku yg ke -21..dia hadir dihadapanku...tanpa ku duga..satu kejutan buatku..aku sgt terharu krn dia dapat meluangkan masa dihari lahirku...tanpa mengira wang ringgit...katanya hari itu merupakan hari ku...sepnjang hari dia sanggup mengorbankan wangnya utk mengembirakan aku...bermula dari tmbang LRT.....tiket wayang...makanan... segalanya utk ku sepanjang hari....bahagia nya hari itu..xdpt aku lupakan....kini semuanya tinggal kenangan...kenangan sepanjang hidup aku...


Kini…semua itu sudah tiada lagi..dia telah pergi dari hidup aku utk selam
a2nya…sungguh…aku sangat merindui saat2 itu…aku sgt sedih...kenapalah benda ini yg terjadi….sungguh aku xdpt nk lupakan dia…dia sering hadir dlm mimpi aku…aku selalu berdoa supaya ALLAH beri ketenangan dan hilangkan ingatan ku kpd dia…tp aku hanyalah manusia biasa..apalah yg mampu aku lakukan selain dpd berdoa siang dan malam…


Sebenarnya banyak lagi benda yg membuatkan aku teringat kpd kisah2 lama…tp aku xmao la sedih2 …sbb tiap kali aku tulis perkara2 yg mmg aku xleh nak lupakan ni..msti aku akan rse sedih…dan setiap kali itu jugalah air mataku akan menitis ..sbb aku mmg xmampu nak lupakan semua kenangan ini…mmg btol..kite boleh tipu org lain,..tp kite memang xmampu untuk menipu diri sendri..smpai saat ini..air mata aku msih menitis..mengenangkan apa yg telah terjadi…aku juga manusia biasa..yg xmampu utk lupakan semuanya dgn sekelip mata..mungkin memerlukan ruang dan masa…tp smpai bila aku perlu ambil masa???smpai skrg pon aku still xboleh nk lupakan lagi…Ya ALLAH kuatkan lah hatiku…utk aku lupakan dia Ya ALLAH..aku mohon sgt….bantulah aku Ya ALLAH..sesungguhnya hamba insan yg lemah…yg xkuat menghadapi ujianmu ini …


   


 








Monday, October 18, 2010

kiSah My "MiNi K" ('-')

yeayy...minggu ni dpt semula my "mini K"..
thanx to encik daddy kerana telah men'servis' kan kereta ksayangan sy..
habis dibuka semua..smpai ke enjin2 di check...hbis ditukar semua nya kpd organ2 dalaman yg baru...terbaek dr ladang...hehehe...ni yg i syg my daddy ni...hehe...
maafla skrg xleh nk byar semua ongkosnya...sbb tgh study lg kan...
nanti dh abis blaja nnt sy akan ingat smua jasa daddy k...
emmm...kesian my mini K..masuk spital 2hari dah...nasib bek skrg dh sihat...hehe..
i loike...sblm pulang...sy mau bwk my mini K jln2 dulu...gian dh lame xdrive ni...
gatal je rase nye tgn2 dgn kaki ni nk tekan pedal...
hmmm...syg  pulak rsenye nak meninggalkan die...
tp apekan daya..syg punye pasal...
org kata kalau syg..tinggal2 kan...emmmm..ape nak buat..dh nasib badan...
bertemu lagi ye syg...tentu kangan bangat sama kamoo... sabar ya syg  mummy pegi xlame.. .('-')

Sunday, October 17, 2010

PiLiHaN HaTi @ KeTeNtUaN ALLAH...

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada mama, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mama jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..
Mama mengukir senyuman.

"Pilihan hati mama adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mama  diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mama dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mama sedangkan sekilas saya pun mama mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mama merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mama  menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah mama. Mama  meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." Mama  berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak mama  menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mama nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mama abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Mama  menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan mama sangat-sangat kuat.

"Mama  dah didik anak Mama dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang mama serahkan anak mama yang ma sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Mama mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....

=================================

Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(

IBU...
EMAK..
MAMA..
UMMI...
MUMMY...
MUM..

semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..

Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)

Sunday, October 10, 2010

percaya dgn Hukum Karma???

adik2..kwn2...

Cik Embun selalu tertanya2..adakah hukum karma itu benar2 wujud????

emmm..pada mulanya Cik Embun xterfikir pun pasal hukum karma ni..tp setelah berlaku sesuatu kpd kwn baik Cik Embun...tibe2 membuatkan Cik Embun terfikir...


pada suatu masa dahulu,kwn baik Cik Embun ni dulu pnah la bkasih - kasihan dgn seorg perempuan ni...tub - tub tibe2 Cik Embun dgr2 mereka telah break down dgn alasan lelaki itu tidak bsedia dan ingin mperbaiki diri msing2...kesian Cik Embun tgk prempuan tu asyik menangis siang & mlm..dh mcm xtentu hala je Cik Embun tgk...mse 2 Cik Embun xpenah la rse lg perasaan kcewa mcm 2..yg Cik Embun mampu,tlg nasihat dan pjuk prempuan tu...Prempuan 2 tlalu syg sgt kt lelaki 2...die xboleh terime yg mreka tpaksa berpisah dgn alasan yg tidak munasabah..Cik Embun pun rse mcm pelik nape lelaki 2 secara tiba2 minta ptus...Setiap hari Cik Embun melihat prempuan 2 meratapi menangisi nasib diri nya..ye la mane x nye ..rse nye dh hampir 3thn mreka berkawan dan bercinta..alih2 dibuang begitu sahaja..dlm masa yg sama Cik Embun selalu nmpk lelaki tersebut keluar dgn seorg prempuan ni..kehulu kehilir bersama2,,..bila di risik2 rupe2 nye...mereka berdua itu sedang bercinta...tibe2 Cik Embun terfikir..tergamak nya lelaki 2..hidup gembira dan bahagia di atas air mata perempuan itu..perempuan 2 punyela menangis air mata darah yg lelaki 2 pulak sedap2 je berpacaran dgn org lain...

Mase 2 cik embun terfikir...agak2nye apekah yg bakal terjadi dgn pasangan yg baru bcinta 2???bahagia kah mereka sehingga ke akhir hayat??atau pun terkandas di tgh jalan...

Hari semakin hari Cik Embun tgk lelaki 2 semakin bahagia...die slalu ckp nk jemput Cik Embun dtg kenduri kahwin mereka nanti..Cik Embun pun tumpang gembira...semakin hari mereka semakin bahagia,..semua org tau akan hbungan mreka..prempuan 2 pulak Cik Embun tgk semakin hari semakin tabah..kuat hadapi semua walaupun die dpt melihat di dpn mata sndiri yg bekas kekasihnya sdang bahagia..Pada masa itu Cik Embun sgt kagum dgn ketabahan yg dimiliki prempuan itu..Tulusnya hati dia...mengaharungi hdupnya seorg diri...


At last ,.setelah 3thn berlalu...Cik Embun mendapat berita bahawa lelaki itu telahpun bercerai dgn kekasihnya yg amat disayangi 2...Cik embun xpastilah ape masalah mereka tp yg pasti mereka kini jadi seperti musuh..masing2 xboleh bertemu antara satu sama lain..anda boleh bayangkan x suatu masa dulu mereka adalah pasangan kekasih yg sering kesana kemari..jd apakah yg telah terjadi..mengapa mereka boleh berubah jd sedemikian...sedangkan Cik Embun lihat perempuan yg sgt tabah suatu ketika dulu kini sgt bahagia dgn hidupnya...betapa bahagianya dia bertemu dgn pilihan hatinya yg baru ..Lalu apakah yg terjadi kepada lelaki itu???

Yang cik mbun tahu bekas girl fren nya sudah mendapat teman baru..sedangkan dirinya???

Adakah ini yg dinamakan hukum karma???mengapa dulu dia sanggup meninggalkan perempuan yg tabah itu demi utk menuntut bahagia dlm hatinya???lalu apakah yg tinggal utk dia??tiada apa2 lagi utk dia..


dia kini hdup sunyi..kedua2 teman wanita nya hdup bahagia...itu yg Cik Embun selalu tertanya2..itukah hukum karma yg diturunkan ke atas dirinya yg tamak??ternyata telahan Cik Embun benar..tidak mungkin kita dapat hidup bahagia diatas air mata org lain..mungkin 3thn yg lepas mereka dpt hdup bahagia,,sedangkan perempuan itu hdup menderita...kini semua nya musnah..dan Cik Embun dpt merasakan lelaki tersebut sbnarnya menyesal dgn tindakan nya meninggalkan perempuan yg tabah itu suatu ketika dahulu..sedangkan perempuan itu sgt setia menanti diri nya..sehingga akhirnya perempuan itu berputus asa dan berhenti berharap setelah melihat kebahagiaan yg dikecapi oleh org yg plg dia syg...Cik Embun sgt kagum dgn wanita itu..dan berharap agar Cik Embun juga dpt menjadi seorang yg tabah sepertinya..






sesungguhnya Cik Embun sgt bahagia melihat mereka bahagia..
Tidak sedikit pun ada rasa dendam dihati Cik Embun. terhadap mereka berdua...
mungkin benda ini tidak dpt diluahkan dihadapan mereka...Jauh disudut hati...Cik Embun tidak berkecil hati dan sering menitipkan doa buat kebahagiaan mereka....