Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Monday, December 5, 2011

Doaku UntukNya...(T_T)

 Setiap hari,ku menadah tangan untuk meminta kepada- Nya..
Berdoa utk seorang insan yg akan menjadi sebahagian dari  hdupku  ini..
Agar die menjadi insan yg sempurna di dunia & di akhirat...jd hidupnye tidaklah sia-sia...
Sentiasa mendoakan agar die dapat menjadi....
Seorg insan yg sungguh mencintai-Mu (ALLAH) lebih dr segala2nye...
Insan yg punyai hati yg dahagakan akan rahmatMu...
Sentiasa memiliki keinginan utk mencontohi  sifat2 agung-Mu...
Seorg insan yg akan meletakkan diri sy pd hatinya setelah meletakkan  Tuhan dihatinya...
Seorg insan yg hdup bkn utk dirinye sendiri tapi untuk-Mu...
Seorg insan yg punyai hati yg bijak bkn hanya sekadar otak yg cerdas...

Seorang insan yg x hanya mencintai sy tetapi juga menghormati sy...
Seorg insan yg x hanya memuja sy tapi juga menasihati sy ketika berbuat salah...
Seorg insan yg mencintai sy bkn krn kecantikan tapi krn hati sy...
Seorg insan yg dpt menjadi sahabat dlm stiap waktu & situasi...
Seorg insan yg memerlukan dorongan sy sbg peneguh dirinya...
Seorg insan yg memerlukan doa sy utk kehidupannya...
Seorg insan yg memerlukan snyuman sy utk mengurangi kesedihannya...
Seorg insan yg memerlukan sy utk menyempurnakan hidupnya...

Dan sy juga berdoa agar insan ni menjadikan SAYA...
Seorg perempuan yg dpt membuat dia gembira & bangga...
Punyai sebuah hati yg bersih & hati yg sungguh mencintai-Mu (ALLAH)...
Agar sy dpt mencintai insan itu tanpa melupakan-Mu...^^

Selalu berdoa utknya...
Kerap memberi kata2 sokongan kpdnya...
Agar dpt memupuk semangat membuat kebaikan dlm dirinya setiap hari...
Sentiasa dpt melihat hal2 yg baik dlm dirinya & bukan hal2 buruk sahaja...
Pengukir senyumannya pd setiap pagi hari...
Pengubat kepenatannnye pd setiap malam hari...

Dan apabila kami menghadap-Mu kadang kala hati kami akan berdetik...
"Betape besarnye Engkau krn tlh memberikan kpdku
seseorg yg dpt membuat hidup ini menjadi lebih sempurna"
Ya Allah, ku pinta jawapan dari-Mu dalam isthikarah cintaku setiap hari..
Untuk aku teruskan nya atau mengundur diri..
Teruskan cintaku padanya..
Jika dia yang Kau telah rencanakan untukku..
Jika dia juga mencari cinta-Mu dalam dirinya..
Teruskan cintaku padanya..
Hanya kerana perjuangan bersama
Ke jalan syahid dengan izin-Mu ya Allah
Wahai dikau Akanku diamkan bibir ini tanpa kata
Biarkan hanya hati berbicara
Walau batin terseksa
Walau jiwaku lara
Kerana ini lebih baik bagiku
Sebagai bukti cinta dan kesetiaanku padamu
Kerana tidakku mahu rosakkan mujahadahmu
Tidakku mahu rosakkan semangat mujahidnya di bumi Jihad
Agar aku menjaga kesucian hatinya
Agar aku menjaga kemuliaan
Daripada hubungan terlarang

Wahai dikau
Akanku jaga hati ini untuk kau miliki
Andai jika kaulah istikharah cintaku
Akanku usaha agar hati ini tidak lara
Dan terus mendambakan cinta-Nya sebelum cintamu
Akanku usaha menjadi wanita solehah untuk kau tatapi
Sepenuh hati
Untuk kau hargai setulus hati
Walau wajah tak seindah bunga
Walau akhlak tidak sempurna kemuliaanya

Wahai dikau
Akanku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Setelah kita bersama
Dengan lafaz ijab kabulmu

Temukan dia ya Allah dalam isthikarah cintaku (*_*)
 
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :

“SAHABAT”.
 
 

Saturday, December 3, 2011

Kerana Aku Juga Manusia...(^_^)

Kerana manusia,aku menangis..
Kerana manusia juga membuatkan aku menangis untuk dapat redha Allah...

Bila aku sedih,aku menangis untuk lebih tenang,
Bila aku marah,aku menangis untuk redakan rasa itu,
Bila aku terasa hati,aku menangis supaya aku tak buat dosa dengan mengumpat,
Bila aku rasa benci,aku menangis supaya aku benci akan perbuatan aku sendiri,
Bila aku buat dosa,aku menangis kerana aku buat Allah murka.

Ya Allah,terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku..
Engkau yang paling memahamiku,tiada yang lain..
Terima kasih ya Allah kerana beri nikmat 'menangis' ini untuk hamba-Mu lebih dekat dengan-Mu.Alhamdulillah.
 
Jangan fikir aku seorang yang baik kerana status aku,
Jangan fikir aku seorang yang tak buat dosa,
Jangan judge apa-apa selagi kita tak pernah bersua muka,
Kerana dlm diriku terdapat banyak kelemahan,
jika kamu angkat aku dengan terlalu tinggi,
Pasti kamu akan kecewa satu hari nanti jika melihat kelemahan aku.
... ...
~~~S.O.L.E.H.A.H ~~~
Senang disebut,senang ditaip tapi untuk menJADI sangat sukar dan perlukan pengorbanan yang tinggi.Di sini segala perkongsian bukanlah semata-mata untuk memperingatkan orang yang membaca,tapi paling penting untuk diri aku sendiri.

Bukan nak 'tunjuk baik' tapi paling penting pandangan Allah, semata-mata untuk capai mardhatillah.Jika mengumpat,mencaci orang di FB sebab tak nak orang nampak kita baik,alangkah ruginya kita,kerana perkara tu membuatkan Allah tidak redha akan kita.Na'udzubillah.Dan jika tak nak buat baik,jangan halang orang buat baik....
 
JODOH adalah rahsia Allah, kita merancang dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku takut dengan rencana Allah..
Sebab apa?
Sebab aku tidak pernah tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, 
 dan apa pengakhiran yang Allah inginkan buatku, 
buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik,
sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..
buat apa terlalu memikirkan sangat.....
kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..
permulaan itu bermula dari kita, 
dan pengakhiran itu akan Allah tentukan kelak..
berdoalah semoga pengakhiran itu adalah sama seperti yang dirancangkan 
dan yang terbaik dalam hidup kita..

>>> Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi.. (^_^
~✿..Buat sahabat kesayangan yang jauh di mata..bila hati ini ikut apa yang sedang kamu rasai tetapi lidah kelu untuk berbicara, semoga Allah sentiasa menjagamu..semoga Allah kuatkan dirimu bilamana kamu lemah, andai hatimu terluka..moga Allah gembirakan kamu selalu.. ✿~

  Jadikan semua  ujian ini sebagai  tarbiyah untuk kamu menjadi semakin matang..andai kegagalan datang menerjah, semoga Allah melapangkan hatimu..andai kejayaan datang bertamu, semoga kamu sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNya..Dan Jangan lupa namaku dihatimu...(*_*)
 

Wednesday, November 30, 2011

Beratnya Dugaan Hidup ku...("_")

Sudah lama rasanya ruangan ini sepi....
sepi dengan sentuhan jari jemari yang sering mencoretkan rasa hati disini..
Ruangan ini sepi..
sesepi pemilik nya...
seolah -olah satu perasaan menghalang untuk ku teruskan mencoret disini...
Mungkin sebelum ini aku sering mendapat ilham untuk segala coretan ku..
Tetapi tidak sekarang..
Ruangan ini seolah-olah tidak bermakna lagi untuk insan seperti aku mencoretkan segalanya disini...
Mungkin akibat daripada perasaan yang berbaur-baur beserta dengan berbagai perkara yang telah terjadi dalam hidup aku..
Segalanya menjadi halangan untuk aku meluahkan nya...
Berbagai perkara yang terpaksa aku tempuhi...
Berbagai kesedihan yang telah aku lalui..
Segalanya bermula daripada sebuah nilai persahabatan..
Yang pada mula nya dirasakan semanis madu akhirnya menjadi sepahit hempedu...
Pahit sekali untuk ditelan ..
Dan pahit juga untuk diluahkan...
Segala-galanya hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
Apa yang tersirat di dalam sekeping hati ini..


Ya  ALLAH,
Banyak sungguh dugaanmu untuk ku...
Sepanjang tempoh untuk menamatkan pengajian ku..
Berbagai pula dugaan yang kau beri...
Kadang-kadang aku kuat untuk hadapi dugaanmu..
Kadang- kadang aku lemah...
Sepanjang perjalanan terakhir ku di institut tempat belajar dan bermain..
Berbagai perkara telah aku lalui...
Bermula dengan cacian dan makian daripada seorang rakan..
kemudian diikuti dengan cakap2 dibelakang ku..
Hanya kerana aku bersahabat semula dengan teman terbaikku...
Mungkin niat baikku telah disalah ertikan oleh insan yang bernama rakan...
Padamula nya aku hanya menerima salam persahabatan untuk kali kedua..
Namun berkali-kali telah ku paksa otak untuk berfikir..
Adakan salam tersebut perlu ku sambut..
Atau biarkan ia berlalu sepi...
Namun,aku hanya manusia biasa..
Yang telah diajar untuk tidak bermusuh sesama manusia oleh kedua ibu bapa ku..
Kata mereka,sedangkan nabi pun mampu maafkan umatnya..
Inikan pula kita sebagai manusia biasa yang tiada mukjizat...
Apalah kuasa yang ada pada kita untuk tidak memaafkan insan lain yang mungkin pernah melakukan kesalahan semasa kehidupan nya yang dahulu...
Puas ku berfikir..
Dan akhir nya salam itu kusambut sebagai salam persahabatan..
Dengan harapan..
Segala kesalahan yang dulu tidak akan diulangi lagi..
Dan aku nekad untuk merubah sesuatu yang gelap dan suram menjadi sesuatu yang bercahaya dan disirami dengan nur iman...
Aku cuba berusaha..
Kadangkala usaha ku nampak nya membuahkan hasil..dan kadangkala ku rasa kan usahaku hanya bertahan untuk sementara..
Namun ,penghujung nya..
Hanya DIA yang tahu..
dan hanya Dia yang dapat merungkaikannya...
Aku hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang...
Merancang yang terbaik untuk hidup aku dan orang2 di sekeliling aku..
Namun,ternyata usaha ku telah dipandang hina oleh orang lain...
Terutama rakan2 disekeliling aku...
Aku hanya mampu menahan....
Dan tidak mampu meluahkan...
Lalu pada siapakah dapat aku luahkan..
Aku dikatakan sebagai perempuan yang tidak baik...
Aku dikatakan sebagai seseorang yang telah memungkiri janjinya..
Aku dikatakan sebagai talam dua muka...
Aku dikatakan sebagai penipu..
Mampukah aku melawan semua ini...
Sedangkan niat aku adalah untuk menjernihkan keadaan...
Hanya untuk bersahabat semula dengan seorang sahabat yang pernah aku benci...
Walaupun banyak mulut2 yang menghalang pergerakan aku..
Namun aku nekad juga untuk teruskan..
Kerana disebalik halangan tersebut,masih ade yang menitipkan kata2 semangat buatku...
agar ku teruskan melangkah..
Dan tidak berpatah balik...
Kadang2 ku rasakan seolah2 langkah ini seperti sia2..
Kerana kadang2 aku tidak nampak hasil nya..
dimanakah cahaya  yang kucari...
Dan dimanakah permata yang ingin ku gilap agar bergemerlapan dan memberi mafaat kepada insan disekelilingnya..
Tidak mengapalah..
Niatku ikhlas...hanya ingin membantu..
Dengan harapan suatu hari nanti ALLAH akan membuka pintu hati nya untuk berubah...
walau aku tahu semua jalan cerita disebaliknya..
Namun aku simpan dan hanya mengmbil langkah untuk melihat sahaja  apa yang akan terjadi diakhirnya..
Smoga usaha,doa dan tawakal ku akan membuahkan hasil untuk dirinya yang bernama teman....
Hanya itu yang mampu aku lakukan sebagai teman yang sering berada bersama nya..
Semoga segala kata2 yang kutitipkan buatnya..akan sentiasa diingati...
dan menjadi panduan untuk dia meneruskan kehidupan..
Walaupun banyak dugaan untuk membina persahabatan ini...
Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada cabaran kehidupan..
Sebelum kita menginjak ke alam dewasa..
Agar ia lebih mematangkan kita wahai teman...
Mungkin aku bukan yang terbaik untuk nya...bukan yang terbaik yang dapat membimbingnya ke jalanmu Ya ALLAH..
Tetapi setidak-tidak nya ku telah berusaha untuk membawa dia ke jalanmu..
Walaupun usaha ku sering diperlekehkan...
Oleh orang2 disekelilingnya..yang mengaggap..usahaku hanya sia2 kerana manusia seperti itu tidak mungkin mahu berubah..
Namun aku teruskan juga..Sehinggalah akan tiba dipenghujung kesabaran..
Yang aku tidak tahu bila....
Selagi kaki ini mampu melangkah...akan aku teruskan...
namun,sekiranya tidak..Mungkin hanya akan terhenti setakat ini..
Sambil meneruskan pencarian yang lebih pasti...

“Ya Allah…
KAU yang Maha mengetahui segalanya.
Bila kehadiranku, menganggu hatinya,

tidak membawa kebaikkan padanya,maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka.
Bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya…

maka kau jauhkanlah aku darinya.
Bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,

maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa.
Bila aku bukan yang terbaik,

bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,maka jarakkan kami, pisahkan kami.
Jangan menangisi perpisahan,kelak DIA akan gantikan,dengan seseorang yang telah tercatat,dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu..


La Tahzan...Jangan Bersedih...
Kekasih pilihan ALLAH akan dihadiahi dengan dugaan..
Hebat tanda kasihNya..
Jalan nya dihias dengan duri-duri duka,
Tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah,
Tapi dihidangkan dengan susah payah yang yang tiada sudah..("_")

Saturday, November 12, 2011

Wahai Anak Adam..

 Wahai anak adam...ingatlah...
~Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

~Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya....

~Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

~Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

~Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

~Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

~Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
Ya Allah
Saat aku menyukai seorang teman
Ingatkanlah aku bahwa semua ini akan  berakhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir
Ya Allah
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang cinta kepada-Mu
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Ya Allah
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cintaku itu
Agar tidak melebihi kadar cintaku pada-Mu

Ya Allah
Ketika aku berucap aku mencintaimu
Biarlah kukatakan kepada org yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tak jatuh kedalam cinta yang bukan karena-Mu

Ya Allah
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang adalah suatu anugerah
Dicintai oleh orang yang ku cintai sangatlah berarti bagiku
Namun dicintai oleh Sang Pencipta Cinta adalah segala-galanya..(^_^)

 

Sunday, November 6, 2011

Menangis Lah..

~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh ...MENYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ✿~

>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(✿◠‿◠)

Saturday, November 5, 2011

Patah Seribu



Walau..kau tiada disini..ku tetap ingat semua pesanmu..
Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku..
Bilakah kau akan utuskan surat buatku..
Aku terus menunggu tiba nya kata cintamu..
Patah seribu hatiku..
Bila mengenangkan..
Segala yang kita bina bersama..
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi..
Bila pergi mu tanpa relamu..
Namun hatiku tetap berasa..
Kejamnya kau meninggalkan ku dengan nota2 cinta buat kita berdua..
Bilakan ku bisa menerima ketiaadaanmu..
kan ku bakar semua..hapuskan semua kenangan..

Retak seribu hatiku..
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama..
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi...

Sayang ku mohon padamu..
Segera tinggalkan ku ..
pergilah ke tempat yang kau tuju..
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku...(^_^)

Monday, October 24, 2011

Hati..

‎‎'' Saya selalu tersalah memberi hati, Walaupun tahu 'sakitnya tak terperi'..... Selalu  mengharap  pd yg tak sudi, Walaupun selalu memberi itu & ini.. Selalu rasa diri tak dihargai,Walaupun  berkorban separuh mati.... Beberapa hari ni, Sy taknak 'Hati ini di sakiti' lagi, Sy  redhakan  semua yg terjadi.. Sy terima apa saja kehendak ilahi, Sy ikhlaskan diri utk semua  ini sebab.. Sy  tak  nak terluka lagi....'' (~_~)


Kita ini banyaknya suratan kehidupan, kita tidak lebih dari seumpama bingkisan layang2  yang kadang kala terlepas dari mata memandang.. Dalam kehidupan ini, kita sering salah di dalam menilai.. Kita sering sangkakan itulah sebenar2nya hanya mengikut apa yang kita sendiri tafsirkan.. Mengikut kemahuan apa yang kita ingin..

Kadang2, kita merasakan amat dekat, tapi sebenarnya amat ketara apa yang dirasanya..
Amat jauh dengan apa yang kita fikirkan..
"Sesungguhnya aku sendiri masih mencari ertinya.. Kerana aku sendiri masih belum dapat selami.. Bukan niatku angkuh untuk bicara.. Namun aku jua sedang mencari erti hidup..
(^_^)

Thursday, October 20, 2011

Saat Wanita Menangis Kerana Lelaki...

BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..
yess..this is true..guys..believe it...hati wanita sangat rapuh...(~_~)

Friday, October 14, 2011

Jangan Bersedih (~_~)

~✿✿✿ JANGAN BERSEDIH DUHAI TEMAN ✿✿✿~

...Jangan sedih bila orang lain tidak memahami kita..
Tapi sedihlah kerana kita yang tidak mahu memahami orang lain.

... ... ...Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai kita..
Tapi sedihlah kerana kita tidak percaya pada diri sendiri.

...Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kita..
Tapi sedihlah kerana kita belum bersedia untuk buat persiapan.

...Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai kita..
Tapi sedihlah kerana kita sendiri tidak mahu menghargai orang lain.

...Jangan sedih bila orang lain menghina kita..
Tapi sedihlah kerana kita sendiri yg membuat hina diri.

...Jangan sedih bila orang lain memaki kita..
Tapi sedihlah kerana bermulut jahat sehingga ada yang tidak berpuas hati.

...Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana kita tak pernah mau perbaiki diri.

...Jangan sedih kerana selalu jatuh kecundang..
Tapi sedihlah kerana kita tak mau bangkit kembali.

...Jangan sedih kerana perjalanan hidup penuh pahit getir..
Tapi sedihlah kerana tidak pernah belajar dari pengalaman.

p/s : Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar..jadi senyum sajaaa dalam apa jua keadaan....♥♥...tawakkal n ikhtiar! .....^_______^
Mari mentaati perintah ALLAH dan Rasul NYA, jaga IMAN, jaga SOLAT, n jaga AKHLAK....insyaALLAH segalanya akan SEMPURNA...♥

Wednesday, October 12, 2011

Adam DaN Hawa

"Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi.."

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri.
Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari
Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang
mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu
usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang
beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan
kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga "

<3 Jika namamu yang tertulis di Loh Mahfuz untuk diriku..
Nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan  dalam diri kita..
Tugasku bukan mencari dirimu..tetapi mensolehahkan diriku..
Wahai seseorang yang telah tertulis di Luh Mahfuz ku,imamku & ayah dari anak- anakku..
Engkau yang akan bersama di dalam perjalananku nanti..
Aku percaya,kau sedang memperbaiki dirimu,mempersiapkankan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.. ("_")

Susur Kehidupan

Melangkah itu mudah, 
namun mencari arah itu yg terkadang payah, 
mencari jalan itu mudah, 
namun memahami destinasi itu yg susah,
menyusuri susur itu mudah, 
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah..
dlm semua ini, mungkin istiqamah itu paling susah, payah & lelah namun..
DIA Maha Memahami, bg hamba2NYA, 
DIA tak meminta manusia menjadi yg terbaik, 
namun kita perlu berusaha melakukan yg terbaik, 
meletakkan sandaran & keyakinan penuh kepadaNYA...
lantas nescaya DIA akan menguruskan selebihnya, 
agar yg terbaik itu menjadi milik kita..
moga perjalanan kita sentiasa dlm lindungan & rahmat ALLAH swt..

Tuesday, October 4, 2011

CINTA

~Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi, tidak pernah berada di atas kepala sendiri, tetapi selalu berada di atas kepala orang lain.~
♥~♥ Setiap hati itu pasti akan jatuh cinta. Cinta pada setiap ciptaan-Mu membuatkan hidup ku indah dengan cinta. Tapi Allah, boleh kah aku meminta kepada-Mu, satu cinta dari kalangan ku yg mampu membawa aku bertemu dengan-Mu...? (u_U)

♥~♥ InsyaAllah...cinta itu pasti datang seperti mana dtgnya mati menjemput kita. Begitu jugalah cinta. Cuma masanya kita tak tahu. Jadi,yg perlu ialah sabar kerana mencari cinta itu perlu juga dgn cinta..(n_n)
“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati...
 
" sometime need to sacrifice our feel to make other people smile..but it is not easy as we can see by our eyes..memories will remain till the end but we have to move forward to make our "ImPortant" people happy and try to learn and give ourself happiness .."
 



                              Berkorban Demi Cinta

Bermula gemilang cahaya..
Petunjuk pimpinan yang esa..
Menempuh jalan hidup di dunia..
Cabaran yang silih berganti...
Dugaan mematangkan diri,mengajar erti hidup ini..

Berjuang berkorban demi cinta..
Suka dan duka suratan nya..
Mengenal makna jalan bahagia...
Masa yang silih berlalu semakin hampir saat itu..
Ya Tuhan tunjukkan moga selamat bersamamu..

Biarpun bersama kekurangan..
Namun bersyukur kurniaan Tuhan..
Di kurniakan petunjuk bantuan..
Tempuh hari yang mendatang..

Semoga sisa hidup ini tak kan terbuang lagi..
Setiap detik masa dalam amalan jua..
Jangan dipisahkan denganMu kebahagiaan...
Semoga dengan ini,jambatan menemui cinta yang sejati..
Itu yang abadi..

Biarpun bersama kekurangan..
Namun bersyukur kurniaan Tuhan..
Dikurniakan petunjuk bantuan..
Tempuh hari yang mendatang..

Semoga sisa hidup ini tak kan terbuang lagi..
Stiap detik masa dalam amalan jua..
Jangan dipisahkan denganMu kebahagian..
Semoga dengan ini jambatan menemui cinta yang sejati..itu yang abadi..

Berjuang mencari iman taqwa..
Perisai menempuh pancaroba..
Penentu tempat amat bahagia..
Seiring teman dan saudara..
Pimpinan tauladan baginda..
Ya Tuhan bantulah..moga selamat selamanya..("_")

Thursday, September 8, 2011

MaSiH TeRkeSaN di SuDuT keCil HaTiku..

Hati sukar untuk dibaca..kadangkala sukar untuk di mengerti..Kadangkala kita rasakan..kita mampu melangkah jauh..tanpa dia..Mampu untuk teruskan saja sisa2  hidup ..Tetapi hakikatnya..kemana pun kita pergi..ingatkan kita tetap akan melayang pada seraut wajah itu..

Disaat kamu juga merasai cinta antara kamu dan dia..Dan ternyata cinta yang hadir hanya sekadar untuk menguji dan menyakitkan..Kerana kamu dan dia hanya bertemu untuk merasakan cinta yang membara dalam jangka waktu yang seketika..Bukan ditakdirkan untuk bersama..Simpan saja cinta itu menjadi kenangan lalu..Doakan kebahagian bersama..

Kadangkala mungkin kamu merasakan seperti dekat pada nilai kasih seseorang...Tetapi pada hakikatnya tidak tercapai tangan untuk menggenggamnya..Kerana kamu masih merasakan itu adalah belaian cinta yang datang tetapi sebenarnya ia hanyalah satu perasaan indah yang seketika cuma..singgah untuk seketika..

Kadang2..kita tidak sedar..sebenarnya hati kita amat merasakan rindu pada seseorang..Rindu yang dirasakan terlalu mendalam sehingga kan tidak terluah dengan kata2..Mungkin kerana akibat takut  untuk menerima kenyataan indah bahawa pelangi indah telah pudar warna nya..

Kadangkala hati kita juga merasakan amat memerlukan perhatian daripada dia..Yang dulu selalu dekat,walau jauh masa terpisah...Tapi hati tetap selalu takut untuk berkata - kata..Takut bahagia yang dibina..hilang dalam mimpi begitu saja..Dan hati selalu membisikkan kata..aku terlalu takut untuk mendekati nya..Takut akan hati terusik lagi..

Kadangkala kita ingin keseorangan tapi hati kita takut dalam kesunyian..
Rupa- rupa nya cerita antara kita memang saling berjauhan..Yang tak mungkin tercapai tanganku untuk dekat dihatimu..

Kini kuutuskan hatiku..sebagai pengganti diri agar ia dekat kepadamu..Agar kenangan cinta antara aku dan kamu selalu mekar namun bukan dirayu untuk berkembang..Cuma agar disimpan dalam sebuah susunan perjalanan hidup yang pernah terjalin..Menjadi kenangan2 dalam satu memori indah antara kita..Dalam mengenal erti kehidupan..

Walau aku menjauh..tetapi terdetik dihati untuk selalu dekat kepadamu..Walau siapa aku padamu..Tetapi cerita antara kita pernah tertulis..Walau apa suratannya..Ku harap kita terima takdir Nya..( ^_^ )

 Mungkin sahaja insan lain tidak akan mengerti tentang peritnya apabila hati dicurangi..Perasaan tertusuk sehingga ke jiwa dan raga..Hati pula sering bertanya,mengapa harus ia terjadi..Hanya insan yang pernah dicurangi sahaja yang mengerti tentang perasaan itu..

Namun kita harus mengerti..apa yang terjadi mengandungi hikmah yang tersembunyi..Hikmah yang cukup indah yang mungkin dapat menyembuhkan hati..SInar cahaya akan tiba suatu masa nanti..tanpa kita sedari..Yakinlah bahawa ALLAH tidak akan memberi dugaan dan ujian kepada hambanya diluar kemampuan hamba nya sendiri..

Namun disebalik itu,pasti kita sukar untuk memaafkan pasangan kita,jauh lagi untuk melupakan kecurangan tersebut...
"Namun kita harus ingat bahwa memaafkan sseorang adalah sesuatu yang mulia..Dan kita sebagai hamba tidak layak untuk menghukum..apatah lagi tidak mahu memberi kemaafan.."

Kita mungkin dapat memberikan kemaafaan pada setiap kecurangan,  namun jauh sekali untuk kita melupakannya..amat mustahil..Mungkin sekali kita pernah merana dan tersiksa atas satu kenangan yang tak mungkin kita lupakan dalam sekelip mata..Kita mungkin merasa terluka dan terpahat di dalam jiwa parut yang sangat dalam..Kita ditinggalkan di dalam sunyi dan sepi lah yang menjadi jarak menemani  perjalanan ku keseorangan..Kita sering memandang jauh,dan menyesali mengapa ini yang terjadi..Sedang kita masih tersungkur jauh dalam lemah mengatur langkah untuk pergi..tetapi sebenarnya kita tidak mampu untuk bangun..
" Pada cinta yang pernah bersemi,masih kita mengingati saban waktu tanpa mengira masa..pada hati yang masih merindui..kenangan itu tetap akan segar abadi walau diasak pergi"
Teruskan melangkah tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti..Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk dikenang..dan bukan untuk diulang - ulang..

kadangkala mungkin tersimpan lagi rasa cinta itu, dan masih mengaharapkan agar si dia berubah suatu masa nanti..tetapi kecurangan dalam mengkhianati cinta cukup saja  berlaku untuk sekali..Kerana  diri kita amat  bermakna untuk menjaga hati kita sendiri...
" Akan ku kenang kenangan kita dulu..Kerana kita pernah sama merasa erti bahagia..Jangan sampai rasa benci memakan hati..Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu..Dan cinta akan kamu membuatkan aku lebih tabah ..Mengenal erti kesetiaan yang dulu sering dipersoalkan.. ( "_" )

Tuesday, September 6, 2011

Sepi Itu BerTanDaNg Lagi Ke Hati..

"Cinta itu bukan satu perkara yang harus dicuba cuba,bukan perkara yang bila gagal kamu cuba dan cuba lagi tanpa ada usaha untuk menjaga nya"

Hati kadangkala bagai tersiat apabila dicurangi.Kadangkala terasa ngilu dan sakit..Tiada siapa yang mampu menyelami hati ini.Kadangkala sakit ini mampu menjadi dendam yang tak sudah sudah..

Sepi ini kadangkala menghimpit jiwa dan perasaan..sering sendirian melihat diri dalam kepayahan   dan cuba mencari siapa diri sendiri..Tiada siapa inginkan perasaan sepi seperti ini,walaupun jauh berbatu kita melarikan diri..Sepi itu tetap akan bertandang dihati..

Bila kadangkala kita rasakan cinta itu sudah tidak bermakna dan merasakan kita adalah manusia yang tiada arah..Kadangkala kita lupa dan terus hanyut membiarkan hati ini membenci seraut wajah sehinggakan merasakan seperti hati kita telah mati..Apabila mecari wajah cinta baru,kita sering kali diselimuti bayang2 lalu yang pernah menyesakkan dada..
Bila kehadiran cinta itu ada..kita sering kali menolaknya  tidak mahu menerimanya..Jangan pernah kita membenci seraut wajah itu dan berputus asa,Kerana  itu semua mungkin kerana  masa dan tempat yang tidak kena..Dan mungkin juga kerana Jodoh yang tiada..Siapalah kita untuk  terus mendendami suatu suratan..

"Ya ALLAH andai dia bukan untukku..Bawalah dia pergi jauh jauh dari relung jiwa ini..Sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang terbaik  untuk hidup ini.."


Perpisahan lebih baik & bermakna dpd diri kita terus dibohongi dengan kepalsuan pd erti perhubungan..Dan terus memujuk hati seolah tiada apa yg berlaku..sayu dan pilu...perit dan pedih..lalu kecewa akhirnya..

Kadangkala perpisahan itu bukan mengajar kita untuk lemah..Tapi sebenarnya memberi kekuatan pd diri utk menilai sesuatu perhubungan samada bahagia @ tidak dengan memilikinya..

" Kita sebenarnya mempunyai pilihan samada untuk terus kecewa atau bangun utk mencari satu kehidupan ..Kita masih mempunyai akal yang waras untuk menangisi kejam nya cinta atau membina kekuatan diri..Tiada siapa yg dapat mengubah kehidupan kita melainkan Dia..Berdoa dan bertawakallah pd ALLAH untuk memohon petunjuk..."

Sebenarnya tiada siapa pun menginginkan perasaan sepi itu..perlukah dipertahankan rasa yang kita belum pasti kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangan nya juga suatu hari nanti..atau mungkin kukuhkah ikatan yang dibina diatas keruntuhan semalam , dikutip serpihan hati yang telah hancur berkecai??

"Meninggalkan kepada sesuatu yang belum pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti kenyataan yang tak kunjung tiba..Pasti ada yang lebih baik menanti walau yang patah itu ada sakitnya..hilang berganti tiada samanya..Namun hati perlu yakin kerana pasti kita bertemu yang salah sebelum menjadi hak kepada kita "

Sepi itu indah..sunyi itu kadangkala pengubat rindu..Di dalam menanti sesuatu yang lebih bermakna..dan kadangkala sunyi itu ada warna nya..Warna yang menanti cantik nya pelangi di sebalik awan.. ( " _ " )



Sunday, September 4, 2011

aLaSaNmU..

Ikhlasnya hati sering kali disalah erti..
Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai..
Berlalu pergi dengan kelukaan ini..
Ku mengalah..ku bersabar..
Bertentang mata..seolah - olah tiada apa..
Berpaling muka..ada saja yang tidak kena..
Mencari sebab serta alasan yang kukuh..
Supaya tercapai hajatmu..
Manis di bibir memutar kata..
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya..
Siapa terlena pastinya terpukau pujuk mu..
rayumu..
suaramu yang menagih simpati dan harapan..
Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku..
Tetapi bagi ku pula suatu ketenangan..
Andainya kita terus bersama..
belum tentu kita bahagia..
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu..
Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama..
Terasa jauh diriku ini dengan dosa..
Ku tinggalkan mu walau tanpa kerelaan..
Yang nyata kau tidak berubah...
Nyata lah apa yang kau ingin..
Selagi kau dapat berkata..
Memang begitu sikapmu..
Semenjak dahulu..
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia..
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu...("_")


Saturday, September 3, 2011

Sok Sek sOk sEk..


Banyak pengalaman telah diperoleh sepanjang hari menyiapkan juadah untuk hari lebaran yang bakal disambut..Sambil2 bakor lemang tu sempat juga kami membuka gerai menjual lemang serta menerima tempahan lemang..Walaupun penat tapi seronok la jugak..hehehe...Lemang hasil air tangan sendiri la kate kan...tiap2 tahun buat lemang dan menjual lemang..tapi rse nye tahun ni macam special sikit la...hehehe..xtau nape...tapi yang pasti tahun ni adalah yang paling seronok sekali dan meriah sekali bersama ahli keluarga yang tersayang...sweet and precious moment..("_")












e





Sepanjang musim perayaan ni macam2 telah berlaku..emmmm...persiapan sebelum..semasa dan juga selepas sangat la memenat kan..bersyukur smua nya telah selesai..dihari baik bulan baik ni rse nye ingin aku membuka lembaran hidup baru..dengan lebih riang gembira dan bahagia..insyallah..moga hidup lebih diberkati oleh nya.. ("_")



Persiapan sebelum para tetamu sampai..

Semua diangkut ke tepi bagi memberi ruang yg lebih luas..hehe..


Nampak nye smua org hilang dan bizi menyelesaikan tugasan masing2..hehe..

Tiada sebarang entiti di lihat..hehe..mane pegi smua org ni..


S







Thursday, September 1, 2011

HaRaPan..


Doaku agar kau kan selalu bahagia..
Agar kau temui insan tulus menyayangimu..
Lepaskanlah diriku kerana keredhaanmu..
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa..
Ku tinggalkan memori bersamamu..
Ku undur diri bersama harapan..
Tidak kesampaian cinta kita..
Ku bawa harapan ku pendam rahsia..
Ku di kejauhan mendoakan agar kau bahagia tiada lagi duka..
Daku rela mengundur diri..
Ku pasti dikau kan fahami..

Tiada penyesalan kasih ku korbankan..
Andai telah tertulis ku terima ini bukan nya ku pinta..
pergilah dikau diiringi keikhlasanku..
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku..

Ku tinggalkan memori bersamamu..
Ku undur diri bersama harapan..
Tidak kesampaian cinta kita..
Ku bawa harapan ku pendam rahsia..
Ku dikejauhan mendoa kan agar kau bahagia tiada lagi duka..
Daku rela mengundur diri..
Ku pasti dikau kan fahami..(^_^)

Monday, August 29, 2011

PeRpiSaHaN iNi...

Disini bermula nya pertemuan yang terakhir..
Kehilangan amat terasa dihati..
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir..
Ku terima  perpisahan ini..

Dulu kita satu jiwa..satu impian..
Susah dan senang kita bersama..
Namun itu semua hanya sementara..
Hanya lagu yang menjadi ingatan..
Hanya lagu yang menjadi kenangan..
Seandainya masa itu kembali semula..
Inginku memiliki lebih dari itu..
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir..
Ku terima perpisahan ini..
Perpisahan yang tak kuduga telah terjadi..
Dirimu pergi biarkan ku sendiri..
Dulu kita satu jiwa,,satu impian..
Susah senang kita bersama..
Namun itu semua hanya sementra..




Saturday, August 27, 2011

KiSaH HaTi..

Pesan pada diri..
Jangan tersalah memberi hati..
Pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti..
Kerana sekali kau memberi 
Selamanya di dalam hati..
Sekali kau dilukai..
Sampai mati kau tetap ingat dihati..

Pesan lagi pada diri..
Berhati - hatilah dalam memberi hati..
Sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai..
Betapa tinggi nya nilai sekeping hati..

Duhai hati,
Teruslah bersabar menempuh segalanya..
Meski kau selalu terluka..
Percayalah,
Masa akan mengubat segala duka..

Duhai hati,
Usah gementar menghadapi semua..
Meski kau pernah terjatuh,
Dalam onak dan duri..
Bangkitlah dengan tabah dan berani..
Duhai hati..andai kau telah berasa penat atas semua in..
Ambillah masa mu buat seketika..
Tolehlah ke belakang..
Untuk merenung kisah silam..
Namun usah kau lupa
Untuk terus mengatur langkah 
Kerana masa tidak akan menunggu insan yang alpa

Duhai hati,
Andai kau pernah mengalah..
Kembalilah..bangkitlahh..
Sebagaimana yang pernah kau lakukan suatu ketika dulu..

C.I.N.T.A
kerana cinta kita hadir
Kerana cinta kita hidup..
Kerana cinta kita merasa bahagia..
Namun kerana cinta juga kita jatuh dan menangis..( ,"_", )




Wahai wanita solehah..
Jangan risau akan jodohmu....
Kerana muslimin yang bijaksana tak kan terpaut kepada wanita hanya pada kecantikan,
Lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda,
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya..
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu..
Cuma peribadinya di tentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..
Jika kau tetap diatas jalan yang kau redhai..
Insyallah si Dia turut di atas jalan yg sama.. (^_^)

Jangan tertarik kpd seseorang kerana parasnya..
Sebab keelokkan paras boleh menyesatkan..
Jangalah tertarik kepada kekayaannya..
Kerana kekayaan boleh musnah..
Tertarik lah kepada seseorang yang dapat membuatkanmu tersenyum..
Kerana hanya senyum yang dapat membuatkan hari2 yang gelap menjadi cerah..
Semoga kamu menemukan orang seperti itu.. ( @_@ )

Cinta layaknya seperti seekor rama- rama..
Semakin kita mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kita..
Biarkan rama - rama itu terbang ke mana saja ia suka..
Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
Ia akan mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari hujan dan panas..
Dalam keadaan yang kita tidak sangka,mungkin saja rama- rama yang kita kejar itu  
bukan rama- rama yang ALLAH telah peruntukkan buat kita..

Aishiteru..

Thursday, August 25, 2011

Buat YaNg MaSiH MeNcaRi..

Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,

Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.

Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,

Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh
.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,

Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki. ( ^_^ )

Wednesday, August 24, 2011

JaDiLah KaMu SePerTi..


Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang , cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan..

Jadilah seperti MATAHARI, sinari cahayanya kepada semua, sumber tenaga segala, paksi untuk semesta, sinarnya sampai walau dalam gelita.
jadilah diri yng kental,walu dihina igat ALLAH ada menemani.
jadilh diri yng kuat,walau sakit ttp tunaikan kewajipan diri.
jadilah diri yng tenang,walau dimarahi x membalas kembali.
jadilah diri yng dahaga ilmu,walau kau ketahui sediikt bertanya lagi untuk kebenaran hakiki..

Jadilah engkau seperti bunga-bunga yang mekar mewangi di taman.
Moga-moga kau mampu menyebarkan dan menenangkan hati manusia di sekitar mu dengan wangian itu.

Jadilah seperti bunga yang sering menghadap dirinya ke langit. Tidak pernah tunduk dan rebah walau ditiup angin kencang. Tetap teguh berdiri menghadapi cubaan.

Pastikan kau sentiasa mekar berkembang seperti bunga. Jika kau layu sebelum sampai masanya, siramilah dengan air taubat dan taburlah baja keimanan dan ketakwaan.

Sesungguhnya kau mampu kembali mekar dan wangi seperti dahulu. Seperti kau mula-mula berkembang.

InsyaAllah~~~~~


✿~ Siapakah wanita cantik itu ?✿

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .✿
✔ Dia tersenyum saat tertekan .✿
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .✿
...✔ Dia tabah saat dihina .✿
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .✿
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .✿
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .✿


✿ Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa..✿ܓ
✿ Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan..✿ܓ
✿ Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku..✿ܓ
✿ Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada..✿ܓ
✿ Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna..✿ܓ
✿ Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak..✿
Renung2 kan & selamat beramal..:)

Kepada wanita terutama yang belum dilamar:

"Anda mempunyai nilaian yang mahal. Mahal anda bukan kerana rupa, tetapi kerana agama dalam diri anda. Akhlak, peribadi, budi bahasa dan kebaikan yang ada pada diri anda adalah satu ‘seni’ paling unik yang sekaligus menjadikan anda punya nilai yang mahal .Disebabkan anda mahal, jangan beri peluang untuk lelaki ‘murah’kan anda"


~* WAHAI PEREMPUAN.. *~
Jika benar kau kasih & cintakan lelaki itu :
•.♥• Setialah kepadanya
•.♥• Hormati kepadanya
•.♥• Mencintainya sepenuh hati•.♥• Berlaku jujur kepadanya
•.♥• Sentiasa disisinya
•.♥• Hargailah dia
•.♥• Jagalah maruahnya
•.♥• Bersabar dengannya
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥• Jadi seorang ibu yang mithali kepada anak2nya


Lembut wanita kerana senyumnya..
Cekal wanita kerana berani nya..
Patuh wanita kerana kesetiaanya..
Sabar wanita kerana imannya..
Kasih wanita kerana belaian nya..
Lemah wanita kerana air matanya..
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
Pendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sifat keibuannya..
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah..
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..( "_" ) 



Ya ALLAH jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan mu...


Yang dicari walau bukan putera raja..
Biarlah putera agama..
Yang diimpi biarlah tak punya rupa,
Asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani..
Asalkan sihat rohani,sempurna hati..
Yang diharap bukan jihad pada semangat..
Asal perjuangannya ada matlamat..
Yang datang xperlu lelaki yang gemilang..
Kerana aku serikandi yang kelam..
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata..
Cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan jadi..
Andai tak sama kehendak hati..
Asal redha ketetapan illahi..
Itulah ketentuan sejak azali.. ( ^_^ )