Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku mahu tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apakah kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa terus -menerus berzikir pada malam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum tiba masanya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sebenarnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg perlu kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apakah nanti saat subuh tiba kamu akan mengejutkanku? Mengajakku bersujud kepada-Nya?
Berat rasanya hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apakah kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu sayang ?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, sudah tentu aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih sabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan Sayang? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu mengiringi kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja..Sekiranya aku berada bersamamu sudah tentu aku akan menjagamu dikala ini..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin aku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang akan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tutur kata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang bersabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kita kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia bersamamu.. menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…
Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu….

No comments:
Post a Comment