Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Thursday, March 17, 2011

KiSaH KiTa...

Baru2 ini..aku telah ke sebuah pusat membeli - belah yg terkemuka di Malaysia ini...untuk mencuci2 mata...dan melihat ragam manusia...setelah penat berjalan..ku hayunkan langkah ku untuk ke surau yg berdekatan bagi menunaikan solat...kewajipan sebagai seorang muslim harus ditunaikan....sedang aku melewati liku2 untuk ke surau itu...tiba2 telinga ku di terpa oleh satu suara...suara yg memanggil2 namaku...segera ku toleh ke kanan...sejurus aku angkat muka ku...terus ku ternampak seraut wajah yg rasanya aku kenali...lantas ku hulurkan tangan tanda ucapan salam...

Melihat seraut wajah itu..tiba2 ingatkan ku diterpa oleh bayang2 seorang lelaki...bayang2 seseorang yg sangat aku rindu...melihatkan wajah itu...minda ku telah ditembusi dengan kisah2 yg lalu...

ingat lagi..perkenalan aku dengan pemilik seraut wajah itu bermula hanyalah ditelefon pada mula nya...itu pun setelah aku dipaksa oleh lelaki itu untuk berbual dengan pemilik wajah itu yg hanya ku pernah lihat di dalam foto sahaja.. lelaki itu yang pandai menyusun kata dan memujukku agar berbual dengan pemilik wajah itu...pada mula nya aku agak keberatan dan mungkin kerana aku terkejut...namun setelah aku mendengar suara pemilik wjah itu dicorong telefon..lama kelamaan aku terasa mesra berbual dengan nya...ternyata pemilik wajah itu seorang yg peramah..sempat lagi pemilik wajah itu memuji2 lelaki itu semasa bebual ditelefon di kala itu...kata nya aku adalah wanita yg bertuah kerana dapat memiliki hati lelaki tersebut ketika itu...mendengarkan kata2 nya..terus aku ketawa kecil...ntah apalah agaknya yg telah diceritakan oleh lelaki itu kepada pemilik wajah itu...sehingga pemilik wajah itu telah membuat andaian sedemikian...

Selepas menamatkan perbualan dengan pemilik wajah itu, telefon tersebut bertukar tangan semula kepada lelaki itu..Terus aku mendengar suara lelaki itu yg ketawa kecil kepada ku..mungkin dia boleh membayangkan muka terkejut aku pada waktu itu yg kemerah2 merahan katanya...aku diam sahaja..katanya..itu untuk memberikan keyakinan kepadaku agar tidak cemburu kepada nya yg keluar bersama pemilik wajah itu....sebenarnya sikit pon tidak terlintas dihatiku untuk cemburu...mungkin kerana aku telah tahu status diantara nya dengan pemilik wajah itu...sedikit pun tidak menggugat hati aku yg mengatakan bahawa mereka memang rapat seperti belangkas..adik beradik la katekan...masing2 manja..so aku mmg faham..xde masalah la..mungkin lelaki itu gusar dan takut aku tersinggung kerana aku jauh dengan nya ketika itu...berkali2 ku kata kan bahawa aku xkisah...akhirnya barulah lelaki itu berasa lega...


Setelah tersedar dari khayalan..baru aku tersedar bahawa pemilik wajah itu masih berada dihadapan ku sambil tersenyum...terus pemilik wajah itu bertanyakan khabar aku...aku pun menjawab segala pertanyaan nya..dan mengemukakan beberapa soalan sekadar berbasa basi agar aku tidak dianggap sombong dengan orang yg lebih tua..Yang sebetulnya..aku tidak mahu berlama lagi disitu kerana aku tidak mahu kisah silam ku diungkit semula...aku tidak mahu nama keramat itu disebut dihadapan ku...sebenarnyaa aku tidak mahu mendengar nama itu lagi...cukupla..nama itu cukup menyentap sanubari aku...

Suatu masa dulu mungkin kami pernah berkongsi seseorang yg sangat kami sayang...tetapi tidak sekarang...walaupun diatas sesuatu perhubungan yg berbeza...mungkin aku sbg insan istimewa di hatinya pada masa itu..dan seraut wajah itu juga mempunyai tali perhubungan juga dengan lelaki itu..rasanya tidak perlu aku sebut kan disini...kerana dia sangat mengenali dan rapat dengan pemilik wajah itu .Mungkin pada masa dahulu lelaki itu telah menjadi orang yg paling istimewa dan paling disayangi di hati kami..tapi tidak sekarang..kerana aku sedang mempersiapkan diriku agar ingatan ku dapat disembuh kan kembali seperti sedia kala...agar kotak ingatan ku telah menghapuskan nama lelaki itu..sememangnya kini..nama itu tidak lagi meniti dibibirku ..lantaran aku sangat benci dengan lelaki itu buat masa ini..betul la kata pepatah..sekirnya kita terlalu sayang..mungkin satu hari nanti kita akan terlalu membencinya...rasanya  benarlah telahan  itu...aku juga telah merasai nya..akibat terlalu sayang..akhirnya dia menjadi insan yg paling dibenci...ntahla..

Sebelum menamatkan perbualan dengan pemilik seraut wajah itu,sempat aku berpesan agar disampaikan salam kepada lelaki itu.Lantas pemilik tubuh itu menyambut salamku dan berjanji untuk menyampaikan salam ku kepada lelaki itu...mungkin ini salam terakhir ku kepada dia..dan tidak ada lagi selepas ini...sungguh mulia hati pemilik wajah itu..kerana tidak langsung nampak riak benci diwajahnya...seolah2 dia tidak tahu masalah yg timbul diantara kami..pada aku ...dia mungkin lebih tahu kerana dia lebih rapat dengan lelaki itu..namun riak muka nya tetap tersenyum kepadaku...tidak langsung menunjukkan riak benci ..tidak sepeti lelaki itu yg seolah2 telah membenci aku serta membuang aku dari kamus hidupnya...sama seperti aku yg telah membencinya...namun aku takut juga...kerana ada pepatah orang tua yg mengatakan..sekiranya kita terlalu membenci..lambat laun perasaan benci itu akan bercambah menjadi sayang dan mungkin kita akan sayang pada seseorang itu..tetapi sekiranya kita terlalu sayang..akhirnya dia akan menjadi insan yg paling dibenci..aku sendiri pn buntu....

Aku menjadi keliru kerana apabila aku ngin melupakan bayangan itu..bayangan itu seolah - olah semakin dekat kepada ku...pasti aku akan terjumpa dengan sesiapa sahaja insan yg dekat dihatinya..mengapa ini yg terjadi...kemana2 saja aku pergi..pasti aku terjumpa dengan insan yg dekat dihatinya...sebaik melihat wajah2 itu..terus ingatan ku diterpa oleh bayangan itu...

Selepas ini aku berharap agar nama dan bayangan itu terus terhapus dari hidup aku...kerana aku juga ingin hidup bahagia sama seperti dia..semoga ALLAH memakbulkan doaku setiap hari agar dikurniakan hidup yg bahagia bersama insan yg aku sayang...walaupun bukan bersamanya..aku redha...mungkin ini takdirku...( "_" )



No comments: