Hai Selamat Menjenguk !!!



Hai..selamat menjenguk ke ruangan cik Embun!!

Kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri &lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan,
dari pengalaman yang penuh liku inilah menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas disepanjang lorong2 kehidupan dahulu dan kini akanku terus abadikan nya di ini dalam "SeHaRi SeLemBaR BeNaNg "



Kadang2 kite bdoa utk jd kuat..tp bnyk pula dugaan yg dtg..kdang2 kita mintk utk jd cerdik...tp masalah pula yg menjengah...
kdang2 kita mohon kebahagiaan..tapi huru hara pula yg bertandang...Dugaan menjdikan mental kita kuat..Masalah membuatkan kita boleh bfikir...
...Dan huru haralah yg menjadikan kita lebih TABAH..trust it...Betapa hebatnya ALLAH...semua aturannya ada hikmah yg tersembunyi..
( "_" )

Pages

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah al-Baqarah : 216]

MiLiK SiAPaKaH LaMaN iNi~~

My photo
Love is a cycle..when u love, u get hurt n then u hate..when u hate, u try 2 forget..when u try 2 forget,u start missing...and when u start missing,eventually you'll fall in love again...that is the love...
KEPERCAYAAN dan AMANAH ibarat seperti sehelai kertas putih suci. Sekali ia direnyuk, ia tidak akan dapat kembali kepada asalnya. Anda boleh cuba meratakan ianya semula sedaya upaya mu tetapi ia tetap tidak akan sempurna kembali dan tinggallah kesan buruk itu. Seandainya ia diberikan kepada mu ia merupakan satu penghormatan. Hargailah ia..jangan sampai nmpk kesan buruk pd nya..





Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu, Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku, Bahagia akan aku kemudi selalu, Biar aku menuju jalan yang berliku, Biarkan cemburu berkubur, Asalkan tak cemari hidupku, Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru, Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu.
...
Mogaku x diuji asyiknya cinta duniawi...mengharap teguh redha illahi..


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
Ingatlahh....
˙·٠•●❤ Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang. Bila dikejar, ia berlari. Bila ditunggu, ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin. Walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya....♥❤●•٠
·˙˙

Saturday, May 21, 2011

PeSaNaN AbaH...

Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tapi kamu perlu ingat, 2 orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

1)Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat ganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan jadi  penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

2)Kamu kena ingat sekiranya kamu mempunyai masalah  besar,sebenarnya  ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu.  

3)Jangan sesekali rasa putus asa terhadap apa yang telah  kamu lakukan. Terus mengejar  apa yang kamu impikan selama ini.

4)Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

5)Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

6)Kamu tidak boleh  terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

7) Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.

8)Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

9)Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.
Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.


p/s : no 8 dengan 9 tu selalu sangat abah mention kat aku..2 bermakna abah sayang sangat kt aku..sampai susah nak melepaskan anaknya ini...sampai kadang2 aku terpaksa berkorban dan tinggalkan org yang aku syg..sbb restu mak dgn ayah 2 sangat penting...bila dia ckp xboleh tu bermakna kite  tak boleh teruskan....mungkin mereka mempunyai alasan yg tersendiri mengapa mereka berbuat demikian....( "_" )

Thursday, May 19, 2011

TerusKaN MeLaNgKaH...

andai hilang arah yang dicari, andai jemu suatu yang dinanti, andai pergi dia yang berada di sisi. mulakanlah  dari hati, 

andai hati mati,makanya  dunia nan luas tinggalnya hitam mata memandang... kuasa kegelapan akan menghalang pemikiran untuk berfungsi dengan waras lalu jalan yang bercabang menjadi satu arah yang menenggelamkan.

semalam aku datang dengan berlari, mengapa hari ini hanya berjalan dan terkadang hanya menanti sesuatu yg tak pasti ?sedarlah, yang dikejar bukan hanya bayang-bayang sendiri. pasir takkan berjalan andai ombak tak membelah pantai.

hari ini aku menjadi saksi satu revolusi, mungkinkah ianya  tidak terjadi tanpa hadirnya sebuah pengorbanan? jangan hanya menanti, cuba untuk berjalan dan terus berlari mengejar arah yang dijanji.

menangislah andai kau terjatuh, kita hamba yang hanya mampu untuk meminta. andai kepahitan hari ini kau rasai, moga kemanisan esoknya yang akan dikongsi. "hiduplah dengan perjuangan, dan matilah untuk Islam".  ( @_@ )  

Wednesday, May 11, 2011

Senyuman Hari ini...

Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari... ( " _ " )

Sunday, May 8, 2011

Pesanan Buat Si Dia...




Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ALLAH kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana iman nya bukan rupanya...
Tolong ingatkan si dia,
aKU lebih cintakan Zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana santun nya..

Tolong tegur si dia,
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
BIla dia tenggelam di dalam angan2 nya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si Dia,
aku milik yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga...

Tolong sedarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar pada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabrakan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindu nya..
Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepada nya...

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahi dia berjaya dalam impian dan cita - cita nya..

Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaan ku...
Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga...

Tolong sampaikan pada si dia,
Hbungan ini terjaga selagi dia menjaga hbungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia,
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

C.I.N.T.A
Lahirnya dari 2 hati....<3 <3
Hadirnya tanpa di paksa..
Ya ALLAH YA Tuhanku..
telah datang kepadaku..
seorang insan yang mengetuk pintu hati ini..
Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik..
YAng telah engkau tetapkan buatku...
Sejak dari kandungan ibuku lagi...
Maka permudahkanlah urusan dia..
Permudahkanlah urusan kami berdua...

Lindungilah imanku Ya ALLAH..
Lindungilah iman dia Ya ALLAH..
DAn lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini..


C.I.N.T.A
Karya indah Sang Pencipta,
Dimulakan di Syurga..
Dimasukkan ke dalam jiwa Adam Dan Hawa,
Lalu dianak- pinakkan ke setiap jiwa dengan kadar yang berbeza..

Cinta sebenarnya tidak buta..
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan..
Yang buta adalah bila cinta menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan..
CINta, Menyintai Dan Dicintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia..

Hak untuk bercinta, dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri..
Pilihan adalah terpulang kepada kita,
Jika pilihan berlandaskan agama,
Pasti hasilnya di berkati..
Dan sekiranya berlandaskan nafsu,
Pasti akan terhumban ke lebah kehinaan...

Friday, May 6, 2011

MuNaJat JoDoH..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,

ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga. 

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan.

Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu , terbaik buat agamaku , terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, 

maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. 

Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku .

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba , 
maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.

Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. 

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, 
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih. Amin......:)

Wednesday, May 4, 2011

Sepanjang Hidup




Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu


Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

Friday, April 22, 2011

SuKan SaNa SiNi..

Tamat sudah Karnival  Sukan Pendidikan Khas peringkat wilayah...
Selama 3 hari ini..aku bersama2 anak2 didik ku menempuhi pertandingan dengan penuh sabar...
Walaupun mereka tidak dikurniakan penglihatan sama seperti murid2 yg normal...
Tetapi disini..mereka telah berjaya membuktikan kelebihan mereka..
Banyak pingat telah dirangkul...
Sebenarnya sebanyak 64 buah sekolah pendidikan khas diseluruh wilayah persekutuan telah menyertai Karnival Sukan ini..
Gembira cikgu melihat kejayaanmu wahai anak didik ku..
Selain daripada mereka menyertai pertandingan2 yang dianjurkan..
Aku juga turut tidak terkecuali di dalam acara yg dipertandingkan..
Aku telah diberi amanah dan mandat yg besar untuk membawa anak2 yg buta ini menyertai setiap acara yg dipertandingkan..
Aku telah dilantik untuk menjadi runner guide mereka di dalam acara balapan..
Secara tak langsung aku juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan mereka berjaya..
Dalam acara larian 100m perempuan..kami telah memperolehi tempat yg ke-3..
Syukur alhamdulillah..mungkin kerana faktor kami terpaksa berlawan dengan pelajar sekolah menengah cacat penglihatan setapak..maka kami ditakdirkan ditempat yg ketiga..
Mungkin selepas ini murid2 ku boleh mencuba lagi..
Tidak sedikit pun semangat mereka hilang...
Jika difikirkan secara logik pon..mana mampu murid 9thn berlawan dengan murid 14thn...
tak mengapalah wahai anak2 kecil...
Ini hanyalah sebahagian daripada pengalaman yg dapat mendewasakan kamu kelak..
Mereka tidak berhenti2 mengucapkan terima kasih kerana aku sudi menjadi peneman dikala mereka ingin menyertai pertandingan larian...
AKu juga turut bersemangat sama seperti mereka..
Walaupun buta tapi mereka juga mampu berlari sama seperti murid normal..
Pengalaman ini akan sentiasa terpahat disanubariku...










C.I.N.T.A dlm kehidupan ~~

Cinta itu sama seperti orang yang sedang menunggu bas.

Sebuah bas datang, dan anda katakan,

"Wah..terlalu penuh, tak naklah, rimas bersesak.Tunggu bas yang seterusnya jelah."

Kemudian, bas berikutnya datang. Anda melihatnya dan berkata,

"Alamak! Bas ni tak elok pula,tempat duduknya kurang selesa"

Bas selanjutnya datang, cool dan anda berminat, tapi seakan-akan dia tidak melihatmu dan lalu begitu saja.

Bas keempat berhenti di depan anda.

Bas itu kosong, cukup bagus, tapi anda katakan,

"Takde aircond lah bas ni, mana leh tahan dengan kepanasan hari ni kalau duduk lama-lama".

Jadi anda membiarkan bas keempat itu pergi. 

Waktu terus berlalu, dan anda mulai sedar sudah lewat untuk hadir ke pejabat,

Ketika bas kelima datang, anda sudah tak sabar, anda terus melompat masuk ke dalamnya.

Setelah beberapa lama, anda akhirnya sedar yang anda sudah salah menaiki bas. Bas yang anda naiki sekarang ini menuju ke destinasi lain.

~~Dan anda baru menyedari bahawa anda telah mensia-siakan masa anda sekian lama.~~




 

Sunday, April 17, 2011

LeMBaRaN CiNTa PuDaR..




Surat ini ku tulis dikejauhan malam...
Ketika hujan gerimis..
Biarpun bercinta denganmu sungguh indah..
Namun memutuskan nya aku terluka...
Tapi biarlah aku kecewa hari ini..
Dari nanti hilang harga diri...
Aku telah tiba dipenghujung kesabaran..
Sebelum lebih menderita..
Biarlah aku yg memutuskan..


Nokhtah dibaris akhir..
Ku redha keputusan suratan takdir..
Telah lama ku menunggu..
Masa yg berharga sesia berlalu..
Kau memberi harapan yg palsu..
Kerana tiada pendirian yg nyata..
Ku tutupi lembaran cinta pudar..
Tiada ketelusan..
Tiada keberanian..
Lama menanti jawapan pasti..
Terkulai mimpi....mimpi...

Kerana tiada pendirian yg nyata..
Ku tutupi lembaran cinta pudar..
Tiada ketelusan..
Tiada keberanian..
Lama menanti jawapan pasti..
Yang terkulai kini..mimpi..mimpi..


Dengan lembaran ini...
Akan tiada lagi..
Seorang yang ku nanti..
Yang asyik menghitung hari dalam mimpi...
Oh..mimpi...
Seusai surat ini kau tatapi..
Aku harap kau mengerti..
Setelah ini..antara kita tiada pertemuan lagi..( "_" )

Ku SeLuSuRi PeRjALaNaN HiDuP iNi...

Setelah ku selusuri perjalanan hidup ini...
Buat kesekian kali nya aku berasa kecewa dengan insan yg bergelar "LeLaKi"
Hidupku sentiasa diburu oleh insan berkenaan..
Tetapi tidak seorang pun yg dapat memberi sinar pada hidupku..
Sebaliknya hanya menjadi duri di dalam daging..
Sehingga saat ini aku tidak mengerti...
Apakah yg mereka inginkan selain daripada merebut HaTI milik wanita...
Tidak cukup satu..ditambah lagi satu..
Apa yg dicari pun aku xmengerti...
Sebenarnya mereka2 seperti ini adalah mereka yg tamak...
Yang tidak bersyukur dengan apa yg mereka ada..
Puas aku berjalan dan terus berjalan..
Dengan harapan aku akan menemui satu sinar yg dapat mengembalikan semula kepercayaan ku kepada insan2 ini..
Namun sehingga kini masih belum ku temui..
Yang ku temui hanyalah duri2 di sepanjang perjalananku..
Dengan harapan agar aku dapat bertahan dengan duri2 yg selalu mengganggu perjalanan hidupku ini..
Ya ALLAH berilah ketabahan hati kepada Hamba mu ini..
Kuatkan jiwaku agar berada lurus dijalan yg engkau redhai...
Namun,aku tidak akan berputus asa,,
Akan ku teruskan perjalanan ku ini hingga ku temui satu  sinar yg abadi,,,
Yang dapat menerangi semula hidupku..
Sesungguhnya aku redha dengan ujian ini... ( >_< )

SeMoGa MaMpU ku LaWaN KeSePiaNKu...




Apapun yang terjadi...
Berjalanlah tanpa henti...
Airmata tertahan...
Waktu untuk dijatuhkan...
Nanti kita kan tahu...
Betapa bijaknya hidup...
Sepahit apa pun mimpi...
Pelajaran yang bererti...
Semoga kepergianmu..
tak akan merubah apapun..
Semoga mampu ku lawan kesepianku...
Kesepianku..
Nanti kita kan tahu...
Betapa bijaknya hidup...
Sepahit apa pun ini..
Pelajaran yang bererti...


Apapun yang terjadi...berjalanlah tanpa henti... ( >_< )

Hati Berbisik....




Malam bertandang..hati berbisik mengenang...
Cerita derita yang daku pendam...
kata cuba ku sudahi ...
Berulang airmata membasahi...
Aku kini perlu berdiri walau hakikatnya pasti...
Kan melukai...
Aku ingin semua rasai kerana pengakhiran hidup ....
Ku sendiri...

Oh Tuhan kau berikan aku segala kekuatan...
Meneruskan perjalanan...

Aku kini perlu berdiri...
Walau hakikatnya pasti kan melukai...
Aku ingin semua rasai...
Kerana pengakhiran hidup...ku sendiri...( " _ " )

Friday, April 15, 2011

AnDai LeLaki MeNgErTi..Apa YaNg TeRsiMPaN Di DaLaM HaTi SeOrang WaNiTa..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin  banyak pula  pertelingkahan yang berlaku.   

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. 
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.  

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.  

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. 
Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   

Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah telah  menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.  
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.   
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh  menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.   
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda ♥♥♥  

Sunday, April 10, 2011

ReNcAH KeHiDuPaN...

Hidup ini sangat sukar untuk kita DUGA..
Kadangkala kita rasa kita sangat DEKAT dengan seseorang...tapi sebenarnya kita JAUH...
Walaupun kita mampu untuk menggenggam tangannya,
tapi belum tentu HATI dia dapat kita selami...
Mungkin kita boleh buat dia KETAWA ..tapi belum tentu kita tahu apa makna senyumannya...
Bila dia  MENANGIS..kita  sangka kita  telah dapat memujuknya..
Walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi...
Itulah rencah dunia..Kita tak kan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN sehingga sampai saat kita jatuh tersungkur..Adakah tangan akan  DIHULURKAN..atau kita yang akan  di TINGGALKAN..think it.. ( > _ < )

Tuesday, March 29, 2011

ApA KhAbAR WaHai JoDoHku...


Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku mahu  tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apakah  kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa terus -menerus berzikir pada malam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum tiba masanya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sebenarnya  kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg perlu  kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apakah  nanti saat subuh tiba kamu  akan mengejutkanku? Mengajakku  bersujud kepada-Nya?

Berat rasanya  hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apakah  kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu  sayang ?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, sudah tentu  aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih sabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan Sayang? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu mengiringi kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar  kamu baik-baik saja..Sekiranya aku berada bersamamu sudah tentu aku akan menjagamu dikala ini..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin aku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang akan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tutur kata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang bersabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kita  kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia bersamamu.. menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :) 

Wednesday, March 23, 2011

JaLaN KeHiDuPaN..

Ku tutup tirai yg pernah berlabuh di ruang hidupku..
Xkan ku singkap lagi tirai itu selagi tiada yg mengingatkanku kpd tirai lama itu..
Akan ku melangkah terus ke hadapan...
Tanpa menoleh ke belakang lagi..
Sekali ku melangkah...tidak akan sesekali ku berpatah  semula..
Berpatah semula bererti  aku perlu mengikut  jalan lama yg pernah ku selusuri...
Tidak mungkin akan aku lalui jalan itu lagi..
Kerana melalui jalan itu...berbagai dugaan telah ku lalui...
Yang ku temui hanyalah liku-liku yg  menyukarkan  perjalanan..
Serta pepohon berduri disepanjang jalan yg setia disisi..
Sakit itu sudah pasti...walau ku teruskan perjalanan..
Namun tiada bertemu penghujung jalan yg pastri...
Dan kali ini aku nekad..
akan ku lalui jalan yang  lain...
Yang pasti  ku  akan  temui sesuatu sehingga ke penghujung jalan itu...
langkah  demi  langkah...
Sehinggalah  ku temui penghujung jalan yg pasti ..
yg mungkin  menjanjikan aku hidup yg  bahagia di tempat baru....
Semoga ditempat baru itu ..akan aku perolehi kehidupan yg aku ingini...( "_" )

Monday, March 21, 2011

KoRBaN CiNtA...

Luka lama berdarah kembali...
hanya itu yg mampu aku ungkapkan...
baru2 ini....dia bertandang lagi ke dalam mimpiku...
kenape dia??kenapa???
Sedangkan bayang2 nya dh lama tidak muncul di dlm hidupku...
Lelah rase nye...
Semakin aku lari..semakin hampir pula bayang2 itu...
Kemana lagi harus aku lari???
Tahukah engkau bahawa luka ku masih berparut...
Parut lama seolah2 ditoreh semula...
baru sahaja ingin ku hapus dari kotak memoriku...
cukuplah...memaaf itu  wajib bg seorang umat tapi tidak untuk melupakan...
Tidak semudah itu untuk aku lupakan..
Kerana begitu dalam luka yg belum sembuh itu...
Anda tidak akan memahami...
Sesiapa yg pernah merasai LUKA sahaja yg pasti  mengerti tentang kelukaan itu...
Mengertilah...Bahawa  dengan  sedikit  kelukaan itu..maka seluruh hidup ku menjadi gelap..
Hampir2 sahaja masa depan ku gelap akibat daripada kelukaan yg dalam itu...
Tak tertanggung rasanya...Bayangkan jika ia terjadi kepada diri anda...mengertikah anda...
Aku cuba untuk berfikiran positif..tp apa kan daya..dia  tetap hadir dlm mimpi aku....
Dan tanpa henti menudingkan jari kepadaku...
Lalu meletakkan  seolah2 semua kesalahan dibahu aku...
Mengenali dia ..adalah satu episod duka dlm hidup aku...
3tahun bukan satu jangka masa yg pendek...
Sepanjang 3tahun...kau menjadikan aku tempat kau bersandar...
Melepaskan lelah dihatimu...Tempatmu mencurahkan isi hati yg lara suatu ketika dulu...
Menjadi tempatmu bergantung bagi mendapatkan bahan2 untuk ditelaah...
Sebagai tempat melepaskan kesunyianmu kepada dia yg kau rindu...
Tempat kau melepaskan segalanya..
Lalu tidak cukupkah dengan semua pengorbanan aku???
Aku telah korbankan seorang insan yg aku syg ..yg aku kenal terlebih dahulu sblm aku mengenalimu???
Insan itu telah aku korbankan demi menjaga hatimu selama 3 tahun...
berbaloikah pengorbananku...aku tidak menuntut untuk kau membayar semula semua pengorbananku..
Hanya yg ku pinta adalah..hargailah pengorbanan aku...
Bukan nya kau hargai dengan caci maki...kemarahan yg kau lempiaskan kpd ku...
Cukuplah dengan hanya ucapan terima kasih...
Bukan dengan kelukaan yg kau timpa2 kan dihatiku...
Bukan dengan  cara memaksaku  untuk melenyapkan dirimu  dari ingatan ku dalam masa 3 hari...
Aku hanya manusia biasa..mana mampu aku hilangkan dirimu dari memoriku dlm masa 7 hari,...
Bukan dengan cara melepaskan ku tanpa sebarang alasan...
ditambah dengan alasan yg tidak dapat diterima akal...
Tanpa sebarang khabar berita darimu...aku dibiarkan begitu sahaja...
Tanpa aku tahu ke mana arahku yg harus aku tuju...
Semua talian engkau putuskan...bermula dengan FB..kemudian dgn mudah engkau memberi amaran kpdku agar tidak menghubungimu lagi...
Malah engkau turut memberi amaran agar aku tidak mengganggu kebahagiaanmu yg telah kau miliki...
Adilkah begitu???dlm masa 3hari kau meminta aku untuk melupakan mu terus dari ingatan ku...
Tidak pernah terlintas langsung difikiranku untuk mengganggu gugat kebahagiaanmu...
Sedangkan kau sedang bahagia disana...
Hanya aku yg masih menanti derita yg tak berkesudahan...
Hampir sahaja pengajianku musnah dan masa depan ku gelap...
Adilkah semua itu untuk aku...
Puas aku berfikir tentang kesalahan ku...
Tentang kelemahan diriku...
Tapi tidak ku temui jawapan...
Puas ku ajukan kepadamu tentang kelemahan diriku..
Dan kau katakan kepadaku bahawa aku adalah wanita yang sempurna..
Yang pernah hadir di dalam hidupmu...
Puas engkau mengatakan kepadaku...
bahawa engkau tidak mengerti mengapa perasaan itu wujud di dalam dirimu...
Mengapa tiba2 engkau terpaksa melepaskan aku...
Mengapa tiba2 engkau berubah hati...sedangkan dirimu sendiri pn tidak mengerti...
Inikan pula sekeping hati ini...

Aku mampu untuk  memaafkan semua kesalahan mu..
tapi aku tidak mampu untuk mengubati dan menutup semua luka itu...
Mengertilah aku...
Aku mohon...
Jangan dekat lagi kepadaku...
Jangan kau ciptakan lagi kelukaan dihatiku...
Cukup lah dengan bekas dan parut yg telah kau tinggalkan kepadaku..( >_<)
Terima kasih diatas semua nya yg kau tinggalkan kpdku..
Aku redha...aku pasrah..ini memang takdirku... 
Mungkin aku tidak layak untukmu...
Engkau mampu dapat yg lebih baik dariku...
Semoga engkau berbahagia di sana..( ;_; )




Oh dunia ini...Penuh kepalsuan..
Oh mungkinkah tiada keikhlasan...
Apakah ini..suatu pembalasan..
Ku sedar kebesaranmu Tuhan..
Aku bagai sorang..kembara jalanan...
Terumbang- ambing di lautan gelora...
Mencari kebahagiaan..dahan untuk menumpang kasih...
Mungkinkah suratan..hidup kan selalu kesorangan..
Hati membeku mengingatkan..kata janji manismu...
Ku dilamun angan- angan...
belaian kasih sayang ug suci darimu..oh kejamnya..
Lidah tidak bertulang...ucapan cinta menghiris kalbu...
Ku kan pergi..membawa diri...
Cinta dihati terkubur lagi...
Tidak ku fahami..mengapa terjadi peristiwa pahit mengguris hati...
Jalanan hidup ini..sudah tertulis...
Ku tempuhi dengan kesabaran...
Ku sedar kebesaranmu Tuhan...




LiKu - LiKu KeHiDuPaNKu...

Telah tamat sudah masa untuk bcuti...Dan aku perlu kembali semula ke kota metropolitan yg sungguh menyesakkan itu...Sebelum bergerak dari rumah,sempat aku bersalam - salaman dgn ahli keluargaku...memohon maaf..takut andai tidak sempat bertemu lagi..atau mungkin ini pertemuan terakhir kami..siapa tahu...mama memeluk aku erat...bermacam2 nasihat telah dicurahkan ke telinga aku...abah pula tersenyum mendengar leteran mama itu..nampak jelas kerisauan mama disitu..ada juga rasa sedih setelah melihat lambaian terakhir kedua org tua ku..terasa tubir mataku berlinangan dgn air mata mungkin...

ku teruskan perjalanan ku dengan doa dan tawakal agar aku selamat tiba di kota metropolitan itu dengan selamat...aku ingat lagi pesan mama td .." memandu tu hati2 ye..langit nampak mendung tu..risau mama..awak 2 dh la drive sorg2..kalau mengantuk nanti berhenti tau.." aku hanya ketawa kecil je sambil menjawab..baikla mama...

Sedang aku leka memandu..sebelum masuk ke highway..aku perlu melalui jalan lama yg penuh sunyi..ditambah pula dengan kilat yg berdentam dentum dan air hujan yg turun dengan lebat tanpa menunjukkan tanda2 mahu berhenti..dlm hatiku hanya mampu bertawakal sahaja..agar perjalanan aku diberkati..sedang leka memandu..tiba2 fon ku berbunyi..keluarla lagu " my only girl" menandakan si dia menelefon aku...terus pantas tangan ku menekan punat angkat..namun tiada sebarang suara yg ku dengar..aku mula merasa pelik...si dia ada mengatakan bahawa dia mendengar suara aku...tp aku lgsg xmendengar sebarang suara..terus aku letakkan semula fon ku..dengan niat..aku akan hbungi semula sejurus smpai..mungkin si dia kerisauan agaknya kerana aku tidak memberitahunya sblm aku pergi...

Setelah diletakkan semula fon tersebut di atas dashboard..aku meneruskan pemanduan ku..kali ini semakin laju pedal minyak ku tekan..aku xperasan jalan yg ku lalui itu sedang dipenuhi air...hujan dan kilat bersilih ganti..membuat kan aku berasa kecut perut..tanpa aku sedari..tiba2 stereng kereta ku seolah2 telah dialihkan ke arah kiri  dengan serta merta...terus aku menjerit dan beristighfar banyak kali...aku nampak keretaku seolah2 dilibas ke arah kiri..aku begitu terkejut...mungkin kerana pada waktu itu aku memandu agak laju..segera ku tekan brek..dan keretaku segera berhenti..mujur keretaku tidak terhumban ke tepi..ku kira di sebelah kiriku ada semak samun dan juga parit yg dalam..aku juga bersyukur krn tidak ada sebuah kereta pn yg sedang melalui jalan disebelah kiri..mujur aku masih selamat..rasaya kalau aku xsempat kawal stereng tadi..mungkin keretaku akan menjunam ke dalam parit atau berlanggar dengan kereta lain di sbelah kiri...namun ALLAH masih ingin menyelamatkan aku..tiada apa2 yg terjadi..aku cuma trauma dengan kejadian yg berlaku..tidak pernah terjadi seumur hdup aku perkara begitu..

Terasa seperti nyawaku ingin dicabut...aku xdapat bayangkan apa yg terjadi sekiranya aku xsempat menekan brek td..rasanya mungkin aku dh menjadi arwah dikala  ini...kalian sudah tidak dapat melihat aku lagi..menulis diruangan ini dan mungkin ahli keluargaku sedang menantiku  dihadapan bilik mayat barangkali ...bagi urusan  menuntut jenazah..mungkin juga rakan2,sahabat handai dan juga sanak saudara ku sedang menangis dengan sebuah kehilangan  dan sedang  membacakan yassin menghadap jenazahku ..mungkin rohku sedang berlegar2 melihat insan kesayangan ku yg sedang berduka...aku terfikir juga..agaknya apa pula reaksi lelaki itu??mungkin dia tiada perasaan apa2 kot sekiranya mengetahui bahawa aku telah tiada..kerana dia sedang bahagia bersama hidupnya..mungkin mereka tersenyum gembira mengetahui berita kehilangan ku...dan  mungkin juga  mereka melahirkan  rasa lega kerana sudah tiada pengganggu dlm hbungan mereka lagi..serta  mereka dpt hidup dgn aman damai...itu hanyalah andaian ku sekiranya ajalku bertemu td..bg aku..masih tinggal berbaki lagi sisa kemarahanku,kasih sayang,rindu dan sebagainya yg belum selesai lagi diantara kami berdua..tp apa kan daya..aku tidak mampu berbuat apa2 lagi...ku serahkan semuanya kpd takdir untuk melunaskan segala yg masih berbaki..mustahil kalau aku katakan aku tiada perasaan marah dan derita...hanya Tuhan yg tahu derita aku...diperlakukan seperti itu..biarlah..ALLAH je yg mampu membalasnya...semoga mereka bahagia hendaknya..

Seusai sahaja aku tiba di kota yg gah ini..terus fon ku berbunyi2 tanpa henti menandakan bahawa keluargaku sedang kerisauan..kata mereka mujur tiada apa2 yg berlaku kepadaku...mereka memanjatkan kesyukuran kpd ilahi kerana telah menyelamatkan nyawa aku..bak kata mama,aku seharusnya membuat sujud syukur menandakan aku bahawa kesyukuran aku terhadap nyawa yg masih dipinjamkan oleh NYA kepada aku..sebetulnya masih banyak perkara yg belum selesai sekiranya nyawa ku diambil ketika ini..aku bersyukur ya ALLAH..
Tidak kurang juga pada si dia yg menunjukkan kerisauan dgn keadaan aku..banyak kali dia berpesan kepada aku supaya berhati2..dan ada juga kedengaran bunyi rasa bersalah nya yg mengganggu kosentrasi aku sblm itu..tp sikit pon aku xsalahkan dia..krn aku tau..dia hanya sekadar mahu mengambil berat pasal aku...perkara ini akan menjadi pengajaran kpd aku.,..dan aku sedikit trauma untuk memandu lagi..tapi ape boleh buat..klu xmemandu..macamane aku nak meneruskan rutin dan amanah yg perlu dipikul sbgai seorang guru..anak2 murid ku masih dahagakan ilmu..akan ku teruskan jua dengan hati yg ikhlas...
( " _ " )







di malam yg sunyi..
duduk ku termenung sorg diri..dijendela SEPI..
Hingga dinihari..ku menantikan kepulanganmu..
Namun kata hanya sekadar..tinggal kata2..

Bagaikan melukut ditepi gantang..
Begitulah aku di dalam hidupmu...
ada tiada tak memberi kesan..
Hanya aku menanggung kerinduan..

Dulu pernah kau katakan sayang..
Ingin mendengar ku berlagu riang..
Penawar duka laraku..lupakan saja..
Derita yg berlalu..

Tapi mengapa dirimu kasih..
Ibarat lalang ditiup angin..
Kasihmu diracun oleh kata fitnah..Penuh HINA...
Hingga kini..kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi..
Dengan irama duka ku  yg dah tak bermakna bagimu...

p/s : rasanya lagu ni mcm direka khas  untuk aku je...setiap lirik nye membawa makna yg tersendiri  kpd aku...seolah - olah menggambarkan apa yg penah terjadi kpd aku je...
emmm..nape ye..aku je yg merasai nye..org lain mmg xkan faham..xpe la..aku redha je..ALLAH  tu maha adil..dia lebih  mengetahui segalanya..siapa yg betul dan siapa yg salah..kite jumpe di akhirat nanti je la ye..kt situ bru kite tahu kebenaran nya...( >_< )

Thursday, March 17, 2011

KiSaH KiTa...

Baru2 ini..aku telah ke sebuah pusat membeli - belah yg terkemuka di Malaysia ini...untuk mencuci2 mata...dan melihat ragam manusia...setelah penat berjalan..ku hayunkan langkah ku untuk ke surau yg berdekatan bagi menunaikan solat...kewajipan sebagai seorang muslim harus ditunaikan....sedang aku melewati liku2 untuk ke surau itu...tiba2 telinga ku di terpa oleh satu suara...suara yg memanggil2 namaku...segera ku toleh ke kanan...sejurus aku angkat muka ku...terus ku ternampak seraut wajah yg rasanya aku kenali...lantas ku hulurkan tangan tanda ucapan salam...

Melihat seraut wajah itu..tiba2 ingatkan ku diterpa oleh bayang2 seorang lelaki...bayang2 seseorang yg sangat aku rindu...melihatkan wajah itu...minda ku telah ditembusi dengan kisah2 yg lalu...

ingat lagi..perkenalan aku dengan pemilik seraut wajah itu bermula hanyalah ditelefon pada mula nya...itu pun setelah aku dipaksa oleh lelaki itu untuk berbual dengan pemilik wajah itu yg hanya ku pernah lihat di dalam foto sahaja.. lelaki itu yang pandai menyusun kata dan memujukku agar berbual dengan pemilik wajah itu...pada mula nya aku agak keberatan dan mungkin kerana aku terkejut...namun setelah aku mendengar suara pemilik wjah itu dicorong telefon..lama kelamaan aku terasa mesra berbual dengan nya...ternyata pemilik wajah itu seorang yg peramah..sempat lagi pemilik wajah itu memuji2 lelaki itu semasa bebual ditelefon di kala itu...kata nya aku adalah wanita yg bertuah kerana dapat memiliki hati lelaki tersebut ketika itu...mendengarkan kata2 nya..terus aku ketawa kecil...ntah apalah agaknya yg telah diceritakan oleh lelaki itu kepada pemilik wajah itu...sehingga pemilik wajah itu telah membuat andaian sedemikian...

Selepas menamatkan perbualan dengan pemilik wajah itu, telefon tersebut bertukar tangan semula kepada lelaki itu..Terus aku mendengar suara lelaki itu yg ketawa kecil kepada ku..mungkin dia boleh membayangkan muka terkejut aku pada waktu itu yg kemerah2 merahan katanya...aku diam sahaja..katanya..itu untuk memberikan keyakinan kepadaku agar tidak cemburu kepada nya yg keluar bersama pemilik wajah itu....sebenarnya sikit pon tidak terlintas dihatiku untuk cemburu...mungkin kerana aku telah tahu status diantara nya dengan pemilik wajah itu...sedikit pun tidak menggugat hati aku yg mengatakan bahawa mereka memang rapat seperti belangkas..adik beradik la katekan...masing2 manja..so aku mmg faham..xde masalah la..mungkin lelaki itu gusar dan takut aku tersinggung kerana aku jauh dengan nya ketika itu...berkali2 ku kata kan bahawa aku xkisah...akhirnya barulah lelaki itu berasa lega...


Setelah tersedar dari khayalan..baru aku tersedar bahawa pemilik wajah itu masih berada dihadapan ku sambil tersenyum...terus pemilik wajah itu bertanyakan khabar aku...aku pun menjawab segala pertanyaan nya..dan mengemukakan beberapa soalan sekadar berbasa basi agar aku tidak dianggap sombong dengan orang yg lebih tua..Yang sebetulnya..aku tidak mahu berlama lagi disitu kerana aku tidak mahu kisah silam ku diungkit semula...aku tidak mahu nama keramat itu disebut dihadapan ku...sebenarnyaa aku tidak mahu mendengar nama itu lagi...cukupla..nama itu cukup menyentap sanubari aku...

Suatu masa dulu mungkin kami pernah berkongsi seseorang yg sangat kami sayang...tetapi tidak sekarang...walaupun diatas sesuatu perhubungan yg berbeza...mungkin aku sbg insan istimewa di hatinya pada masa itu..dan seraut wajah itu juga mempunyai tali perhubungan juga dengan lelaki itu..rasanya tidak perlu aku sebut kan disini...kerana dia sangat mengenali dan rapat dengan pemilik wajah itu .Mungkin pada masa dahulu lelaki itu telah menjadi orang yg paling istimewa dan paling disayangi di hati kami..tapi tidak sekarang..kerana aku sedang mempersiapkan diriku agar ingatan ku dapat disembuh kan kembali seperti sedia kala...agar kotak ingatan ku telah menghapuskan nama lelaki itu..sememangnya kini..nama itu tidak lagi meniti dibibirku ..lantaran aku sangat benci dengan lelaki itu buat masa ini..betul la kata pepatah..sekirnya kita terlalu sayang..mungkin satu hari nanti kita akan terlalu membencinya...rasanya  benarlah telahan  itu...aku juga telah merasai nya..akibat terlalu sayang..akhirnya dia menjadi insan yg paling dibenci...ntahla..

Sebelum menamatkan perbualan dengan pemilik seraut wajah itu,sempat aku berpesan agar disampaikan salam kepada lelaki itu.Lantas pemilik tubuh itu menyambut salamku dan berjanji untuk menyampaikan salam ku kepada lelaki itu...mungkin ini salam terakhir ku kepada dia..dan tidak ada lagi selepas ini...sungguh mulia hati pemilik wajah itu..kerana tidak langsung nampak riak benci diwajahnya...seolah2 dia tidak tahu masalah yg timbul diantara kami..pada aku ...dia mungkin lebih tahu kerana dia lebih rapat dengan lelaki itu..namun riak muka nya tetap tersenyum kepadaku...tidak langsung menunjukkan riak benci ..tidak sepeti lelaki itu yg seolah2 telah membenci aku serta membuang aku dari kamus hidupnya...sama seperti aku yg telah membencinya...namun aku takut juga...kerana ada pepatah orang tua yg mengatakan..sekiranya kita terlalu membenci..lambat laun perasaan benci itu akan bercambah menjadi sayang dan mungkin kita akan sayang pada seseorang itu..tetapi sekiranya kita terlalu sayang..akhirnya dia akan menjadi insan yg paling dibenci..aku sendiri pn buntu....

Aku menjadi keliru kerana apabila aku ngin melupakan bayangan itu..bayangan itu seolah - olah semakin dekat kepada ku...pasti aku akan terjumpa dengan sesiapa sahaja insan yg dekat dihatinya..mengapa ini yg terjadi...kemana2 saja aku pergi..pasti aku terjumpa dengan insan yg dekat dihatinya...sebaik melihat wajah2 itu..terus ingatan ku diterpa oleh bayangan itu...

Selepas ini aku berharap agar nama dan bayangan itu terus terhapus dari hidup aku...kerana aku juga ingin hidup bahagia sama seperti dia..semoga ALLAH memakbulkan doaku setiap hari agar dikurniakan hidup yg bahagia bersama insan yg aku sayang...walaupun bukan bersamanya..aku redha...mungkin ini takdirku...( "_" )



Corat Coret...

hmmm..rasanya agak lama juga aku tidak mcatatkan sebarang coretan disini...bukan ape...bizi la kate kan...bila cuti2 sekolah ni lah bru bpeluang nk mencoret diruangan ini..klu x cuti sek...alamatnye..xde mase la..sibuk dgn anak2 yg ramai 2...xsempat pon nk bukak blog ni..anak2 tu la yg sentiasa menjadi penyeri hidupku kini...setiap org tu mempunyai kerenah yg tersendiri...tapi aku layankan aje...seronok mndengar gelak tawa mereka...Rajin sgt bertanya itu dan ini...lepas 2 xhenti2 dok tanye..bile diorg nk dpt bapak angkat pulak...mak angkat dh ade...aku selalu dok ckp ngan diorg gini.." sabo le...nanti cikgu dh kwin nanti kamuu dpt la bapak angkat...haha...sabo je la..xsabo kate nye nk jumpe...budak2 biasala..kalau dirumah..kadang2 xmendapat phatian dpd ibu bapa..jd nya guru2 la tempat mereka untuk mendapatkan perhatian..tp aku xkisah pun..aku suke layan mereka...

bile sebut psal menamatkan zaman bujang ni..aku tibe2 terfikir pulak...bile agaknye aku nk menamatkan zman bujang aku???samada hujung thn ni ataupn thn depan???hmmm...  si Dia dh setia menanti...tinggal lagi aku  yg perlu memilih di antara kedua nya...yg mane SATU ni???hmm..comfius aku..sbb aku xde perasaan ape2 pn...nape la..perasaan syg tu susah sgt nk tumbuh dlm diri aku ye...agak2 nye sbb ape ye..ke sbb aku masih menanti kan kehadiran seseorang yg sgt aku rindu....tepuk dada tanya la hati...klu nk bcakap soal hati ni..rase nye smpai esok pn xhabis,,

Tp la kan..smpai skrg aku still tertanya2..nape la aku susah sgt nk mbuka kan hatiku kepada mana2 lelaki...walaupun masih ada yg setia menanti ku...mungkin si Dia  boleh bahagia bersamaku...tp bolehkah aku bahagia apabila bersama dia...ishhh...ini soal masa depan ni..xboleh dibuat main2...smpai mati kot aku kena hidup dgn dia yg bernama lelaki 2...adoii...mcm xpercaye je..xpenah dibayangkan aku akan hidup dgn org lain selain dpd yg "Berkenaan " tu...teringat pulak pd yg 'berkenaan " tu ..aku nk putar balik la cerita lama..saja nk imbau balik..nk tgk ingat lagi tak ...
   Yang " berkenaan " tu dulu selalu ckp2 ngan aku..tanye2...klu kawin nanti kite nak dduk mane ye???haishh soalan cepumas 2...aku xpenah terfikir pn lagi pasal 2...tp kan agak menarik jugak soalan 2...seingat aku rase nye die penah ckp klu dh kawin nanti nak dduk kt negeri  yg bnama 'J' dan tempat yg bnama 'BP"hmmm...walaupun aku ckp jauh dgn tmpat aku..tp die ckp xkisah..cuti pjg balik la kg lame2...hmm..ade2 je la die 2..dlu aku xkisah la sgt klu nk kawin dgn org jauh pn janji aku bahagia...tp tidak untuk skrg kot,,,klu boleh aku nk cari yg dekat2 je...dh serik agaknye...smpai 1 tahap 2 kan kdg2 rse mcm bnci sgt nk knal dgn mane2 org yg b'asal dpd  negeri 'j ' tu..sbb ape ye..sbb aku dh penat kot mengangankan dduk di situ suatu ketika dlu..skrg...nk jejak ke sane pon aku rase malas dan berat...sungguh...ntahla..ajal..jodoh..maut semua ketentuan tuhan..terime je la..

Lepas 2 dlu aku penah la jugak request klu posting nnt aku nk posting kt Sabah 2,,xkisah la jauh dpd family pon..tp yg 'berkenaan ' tu punye la marah bile aku ckp nk posting ke sane..sepanjang2  perbualan 2 die asyik mengomel ...jauh kate nye..nanti susah nak jumpe...dh la dh memang sedia jauh..lepas 2 nak pegi jauh lagi..kdang2 aku ketawe je..lepas2 sengaja pulak die  nk menakut2 kan aku..ckp kt sabah 2 ade mcm2 org,,,tkut jd ape2 nnt..aku sorg2 kat sane..jelas bunyi risau disitu...ingat aku takut la 2...hehe..sikit pon aku xcuak sbnarnye..lg pun die tau aku ni mmg suke bdikari...

at last die ckp ngan aku..klu nak pegi jugak xpe la..pegi la..dia xnak halang cita2 aku..impian aku...tp kate nye  die xdapat la nak ikut..sbb die nk dduk dgn mak die kt negeri tercinta dia tu..tp dia ckp klu dh kawin nnt bolehla mintak tukar kt negeri die yg tercinta 2..die tunggu di sana..sabo je la aku..hehe..xleh belah...tau la awk 2 anak mak...tp skrg xde sape dh nk halang aku g sabah 2...cume ayah aku je yg berat hati sikit nk lepas kan..yg si Dia tu pulak..ckp xkisah ..dia akan ikut je mane aku nk pegi..hatta klu kene mengaja ke perkampungan org asli  pon die sanggup ikut...janji aku x kne hidup sorg2 kt situ...bertuah aku...tp nape la smpai skrg hatiku masih  blm boleh menerima nya...hmm...mungkin perlukan masa kot,..sabar ye syg...

lagi satu..rse nya aku xmau menerima lelaki yg smoking dlm hidup ku..that's means bile dh kawin klu boleh aku xnak bau rokok lgsg..mse bcinta tu boleh dimaafkan lagi...sbut pasal smoking ni..si Dia tu sgt berbeza dgn yg "berkenaan " tu...dua2 ni berbeza sikit...si Dia tu selalu ckp ngan aku..kerana aku xsuke lelaki yg smoke..sekarang jugak die nk stop..xyah tunggu dh kawin..good..good..xpayahla berbuih2 mulut aku nk nasihat,,sekali ckp je dh boleh paham..xla mcm yg 'berkenaan ' tu walaupun dh berbakul2 nasihat aku bg..sikit je feedback yg aku dpt..maybe sbb aku ckp mse bcinta xkisah lagi kot..tp jadi kisah bile dh kwin nanti..aku pon ade gak ckp klu xleh bhenti 2 nk bt mcmane..xleh nk pakse la..2 yg die seronok kemain 2..sabo je la aku..yg "berkenaan ' tu ckp...dh nk kawin nnt die bhenti la..xpon..klu dh xtahan sgt gian 2,,,die soh aku ngan anak2 dok kt luar..biar die g smoking kat dlm...hehe..sengal..saje nk buat lawak la 2..mse 2 aku gelak terbahak2..aku ckp la...xpenah dibuat org...gilo ke apo..haha..die pon bantai gelak....hehehe...mcm2...ade2 je bnde yg aku xleh lupa klu nk sebut psal lelaki ni...mcm2 spesies dh aku jumpe..cume  yg ini lain sikit kot...sbb tu aku susah nk lupe..xpe la..xsalah kan,,klu kite sekadar nk ingat je..nk mengimbau semula..rase nye xmenggugat kebahagiaan pon...xpe..aku snggup berkorban ..janji org yg aku syg tu  bahagia..walaupun die penah ckp dgn aku yg suatu mase dulu die xpenah rase bahagia pn sblm die kenal aku.. ..ade kekasih  pon mcm xde je kate nye...aku dengarkan je la..kdag2 manusia ni mudah lupa dgn apa yg dia penah tutur kan..hanya org yg mendengar je yg ingat ..aku  hanya mampu bg  nasihat je la pd dia supaya  bersabar..bahagia akan datang kpd nya nanti...dan akhirnya bahagia 2 telah dtg kepadanya..bahagia ke???ye la kot..sbb rase nye tu la impian dia..nk bahagia dgn dot..dot..dot...bukan nama sebenar...wallahualam...hanya tuhan je yg tahu..

sekian...itu je la coretan ku buat mlm ini....tiba2 teringat pulak soalan latihan yg blm bertaip lagi 2...aku nk siapkan soalan latihan pulak lepas  ni..hmmm..inilah yg dinamakan amanah yg perlu dipikul oleh  seorang  guru ( '_' )











Monday, March 7, 2011

Hari IsTeMeWa yG TaK BeRmAkNa..

Sedih rase nye saat tiba hari lahir ku thn ini..
Terase begitu hambar sekali krn tiada insan tersyg disisi..
Hari yg sepatutnye diraikan dgn gembire bagaikan angin lalu yg berlalu pergi..
Tiada sambutan seperti selalu..tiada apa2 yg istimewa hari ini..sama saja sprt hari biasa..

Aku teruskan jalani rutin hidupku seperti biasa...
Hanya rakan baik yg sentiasa menemani disisi..
Hari lahir ditahun akhir pengajian aku di institut ni terpakse dismbut tanpa sahabat2 sejati ku disisi yg sedang berjuang bg menyelasaikan misi sebagai seorg guru jauh nun di perantauan..
Tinggal la kami berdua disini yg sentiasa menanti kepulangan mereka yg membwa segulung harapan sbg seorg guru yg berdedikasi..
Mungkin kami bernasib baik kerana ditempatkan dikwsn bandar...jauh dr sunyi hiruk pikuk alam semula jd..
Terime kasih kpd semua yg telah mendoakan yg baik2 dihari baik ini..smoga semua doa kalian dimakbulkan..amin...

Terima kasih juga kepada sahabat yg berada di perantauan yg tidak putus2 mengirimkan ucapan selamat bt aku disini...dititipkan juga doa bt ku..tidak lupa juga pesanan manis dpd mereka yg mendoakan kebahagiaan aku sehingga ke anak cucu..amin...smoga doa kalian dimakbulkan...
Terase seperti ade yg belum lengkap hari ini..
Mungkin kerana tiada ucapan selamat dpd DIA yg aku harapkan seperti setiap tahun..
x mengapalah..bia lah dia bahagia dgn hidupnya..menjalani hidupnya dgn tenang..
Yg hanya mampu aku lakukan adalah dengan menitipkan doa buatnya agar sentiasa bahagia...walaupun bahagia itu belum datang kpd ku..mungkin kerana masih berbaki kasih syg yg belum ber pengganti itu...

Harapan ku hari ini adalah..agar dia masih lagi ingat kepada memori2 yg pernah dilalui dulu..
Sekadar di simpan sbgai memori...tidak dihapus terus dari kamus hidupnya...mungkin itu adalah hadiah yg paling terbaik dlm hidup aku...sebuah hadiah kebahagiaan yg pernah aku peroleh sebelum diragut pergi...
Semoga dgn kehadiran hari yg baik ini..hidupku akan sentiasa dilimpahkan dgn rzeki yg melimpah ruah...kebahagiaan yg berkekalan walaupun bukan dgn si Dia..aku pasrah dan redha...mungkin itu yg terBAIK utk ku...( "-" )